PENGUATKUASAAN KESALAHAN BERHUBUNG FATWA DALAM UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA
Legal Enforcement of Offences Relating to Fatwa in Syariah Criminal Law in Malaysia
Keywords:
Fatwa, Penguatkuasaan Fatwa, Kesalahan Fatwa, Jawatankuasa Fatwa Negeri, MuftiAbstract
Fatwa is a unique process in Islamic law. The issuance of fatwa involves two parties: the person who presents the problem or question (mustafti) and the person who gives the answer or the fatwa or the law (mufti). Fatwa has an important place in Islamic law. The fatwa institution always be a reference for Muslims in Malaysia. According to Islamic law in Malaysia, the fatwa is under the jurisdiction of the state. However, not all fatwas bind Muslims in a state. Only a gazetted fatwa can be enforced and binds Muslims who reside in a particular state. Hence, the legal enforcement is applied through the provision of offences relating to the fatwa in the Shariah criminal act/enactment of the states in Malaysia. However, not much disclosure regarding the offences relating to fatwa. Law enforcement at the state level is only focused on offences related to faith, heresy and moral. The case of Syariah Prosecutor vs. Fahyu Hanim Ahmad & Others (2000) Syariah Journal 8 (1) 137 is one of the cases shows lack of understanding of Muslims regarding the enforcement of offences related to the fatwa. Therefore, the purpose of this paper is to clarify the enforcement of the fatwa and to analyze the offences related to the fatwa that provided in the Shariah criminal act/enactment of the states. The methods used are library-based and document analysis. The results of the study show that each state provides the offences related to the fatwas in their respective state’s shariah criminal act/enactment. Same goes to the legal enforcement. However, there are differences in the nature of the offence and the degree of punishment. This study is expected to shed light on the importance of the fatwa in Islamic law in Malaysia through the provision of offences in relation to the law.
Abstrak
Fatwa adalah proses yang unik dalam perundangan Islam. Pengeluaran fatwa melibatkan dua pihak iaitu orang yang mengemukakan masalah atau persoalan (mustafti) dan orang yang memberikan jawapan atau fatwa atau hukum (Mufti). Fatwa mempunyai kedudukan yang penting dalam perundangan Islam. Institusi fatwa sentiasa menjadi rujukan bagi umat Islam di Malaysia. Menurut undang-undang Islam di Malaysia, fatwa adalah terletak dalam bidang kuasa negeri. Tidak semua fatwa mengikat orang Islam di sesebuah negeri. Hanya fatwa yang telah diwartakan boleh dikuatkuasakan dan mengikat orang Islam yang bermastautin di sesebuah negeri. Penguatkuasaan undang-undang diaplikasikan melalui peruntukan kesalahan berhubung fatwa dalam akta/enakmen jenayah syariah negeri-negeri di Malaysia. Namun begitu, tidak banyak pendedahan mengenai kesalahan berhubung fatwa ini. Penguatkuasaan undang-undang di peringkat negeri juga lebih tertumpu kepada kesalahan berhubung akidah, ajaran sesat dan kesusilaan. Kes Pendakwa Syarie lwn. Fahyu Hanim Ahmad dll (2000) Jurnal Syariah 8 (1) 137 adalah antara kes yang menunjukkan kurangnya pemahaman orang Islam mengenai penguatkuasaan kesalahan berhubung fatwa. Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan menjelaskan mengenai penguatkuasaan fatwa dan menganalisis kesalahan berhubung fatwa yang diperuntukkan dalam akta/enakmen jenayah syariah negeri-negeri di Malaysia. Kaedah yang digunakan adalah kajian kepustakaan dan analisis dokumen. Hasil kajian mendapati bahawa setiap negeri memperuntukkan kesalahan berhubung fatwa dalam akta/enakmen jenayah syariah negeri masing-masing. Penguatkuasaan undang-undang juga tertakluk kepada setiap negeri. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan dari segi jenis kesalahan dan kadar hukumannya. Kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran mengenai kepentingan fatwa dalam perundangan Islam di Malaysia melalui peruntukan kesalahan berhubung fatwa dalam undang-undang.
Downloads
References
Ahmad Hidayat Buang. 2002. Analisis Fatwa-fatwa Semasa Syariah di Malaysia. Jurnal Syariah 10 (1). 39-52
Arif Fahmi Md Yusof & Izawati Wook. 2017. Fatwa: Kedudukannnya di Mahkamah Sivil. Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa. Vol 9. 24-38
Hasnan Kasan. 2006. Prosedur Mengeluar dan Menguatkuasakan Fatwa di Semenanjung Malaysia. Jurnal Undang-undang dan Masyarakat. No. 10. 1-19
Ibn Manzur. 1956. Lisan al-Arab. Juz. 15. Beirut: Dar al-Beirut.
Jamaluddin al-Qasimi. 1986. Kitab al-Fatwa fi al-Islam. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmi
Muhammad Fathullah Al Haq bin Muhamad Asni & Jasni bin Sulong. 2017. Penyelarasan Fatwa Antara Negeri-Negeri: Analisis Amalan Dan Kaedah Penyeragamannya Di Malaysia. Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa. No. 9 . 86-109
Muhammad Ikhklas Rosele, Luqman Hj. Abdullah, Paizah Hj. Ismail, Mohd Anuar Ramli. Konflik Fatwa di Malaysia. Jurnal Fiqh. No 10. 31-56
Noor Raihan Jusidini& Zuliza Mohd Kusrin. 2018. The Propogation of Doctrine of Deviant Religious Teachings in The Cyber. Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies. Vol. 10 No. 1 April Issues. 42-62
Siti Zubaidah Ismail. 2018. Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit UM
Zaini Nasohah. 2005. Undang-undang Penguatkuasaan Fatwa di Malaysia. Islamiyyat. Vol. 27 bil 1. 25-44
Zaini Nasohah. 2018. Pentadbiran Undang-undang Islam di Malaysia. Peruntukan Akta dan Enakmen. Ed. 2. Bangi: Jabatan Syariah, UKM
Statut:
Akta Pentadbiran Undang-undang Islam Wilayah Persekutuan 1993
Enakmen Jenayah (Dalam Syarak) Perlis 1991
Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992
Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995
Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kelnatan) 1985
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Johor) 1997
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah) 2014
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Pahang) 2013
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Perak) 1992
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Pulau Pinang) 1996
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Sabah) 1995
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001
Enakmen Kesalahan Syariah (Melaka) 1991
Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994.
Enakmen Mufti dan Fatwa Kedah 2008
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003
Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam (Pahang) 1991
Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah (Sarawak) 2001
Perlembagaan Persekutuan

