Hakam Sebagai Kaedah Penyelesaian Alternatif Bagi Shiqaq dalam Perkahwinan
Hakam As an Alternative Dispute Resolution for Shiqaq in Marriage
DOI:
https://doi.org/10.53840/muwafaqat.v6i1.144Keywords:
Hakam, Penyelesaian Pertikaian, ShiqaqAbstract
Hakam adalah orang tengah atau penimbang tara yang dilantik oleh mahkamah untuk menyelesaikan pertikaian atau shiqaq di antara suami isteri. Shiqaq adalah pertelingkahan yang tidak dapat diselesaikan lagi antara suami dan isteri sehingga menyebabkan keduanya tidak dapat hidup bersama menjalankan tanggungjawab dan saling menghormati antara satu sama lain. Fungsi Hakam adalah untuk menamatkan pertelingkahan antara suami dan isteri dengan cara mendamaikan atau memisahkan kedua-duanya dengan talak atau khuluk. Sesungguhnya, proses timbang tara melalui kuasa hakam memberikan manfaat kepada institusi kekeluargaan Islam dalam menyelesaikan konflik sebagai kaedah penyelesaian alternatif di mahkamah syariah. Walau bagaimanapun, pelaksanaan hakam dalam peruntukan undang-undang mahupun arahan amalan masih lagi tidak begitu jelas. Tidak semua negeri memperuntukkan prosedur yang jelas mengenai kuasa Hakam kecuali di beberapa negeri seperti Selangor dan Negeri Sembilan. Kaedah-kaedah Hakam (Negeri Selangor) 2014 yang telah diperkenalkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) telah banyak membantu menyelesaikan kes-kes perceraian yang tertunggak. Berdasarkan rekod pada tahun 2019 sebanyak 11,161 kes daripada 11,860 kes yang didaftarkan telah berjaya diselesaikan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang melibatkan pengumpulan data melalui analisis dokumen terhadap Kaedah-kaedah Hakam (Negeri Selangor) 2014 yang terpakai di negeri Selangor. Objektif kajian adalah untuk memberi gambaran yang jelas mengenai pelaksanaan hakam sebagai kaedah penyelesaian alternatif bagi shiqaq dalam perkahwinan di negeri Selangor. Hasil kajian mendapati bahawa Kaedah-kaedah Hakam (Negeri Selangor) 2014 telah menerapkan elemen-elemen yang khusus dan terperinci mengenai pelaksanaan proses timbang tara melalui peruntukan-peruntukan yang meliputi pelantikan hakam, fungsi, tatacara majlis tahkim, jawatankuasa hakam, etika hakam dan aduan terhadap panel hakam. Oleh itu, jelas bahawa hakam merupakan antara kaedah alternatif yang penting bagi menyelesaikan shiqaq dalam perkahwinan. Kajian ini diharapkan dapat memberi panduan dan manfaat kepada pelaksanaan hakam di negeri-negeri yang lain.
Hakam is a mediator or arbitrator appointed by the court to resolve disputes or shiqaq between husband and wife. Shiqaq is an unresolved dispute between a husband and wife that makes them impossible to live together in order to carry out their responsibilities and to respect each other. Apparently, the function of Hakam is to end the conflict between husband and wife by either reconciling or separating them through divorce or khuluk. Indeed, the arbitration process through the power of hakam provides benefits to Islamic family institutions in resolving conflicts as an alternative method of dispute resolution in sharia courts. However, the implementation of hakam in legal provisions or the practice instructions is still vague and unclear. Falling under the state jurisdiction, a clear procedure regarding the authority of Hakam is not available except in some states such as Selangor and Negeri Sembilan. The Hakam (Selangor State) 2014 Rules introduced by the Selangor State Syariah Justice Department (JAKESS) is of a great assistance in resolving outstanding divorce cases. Based on records in 2019, 11,161 cases out of 11,860 registered cases were successfully resolved. This study is using the qualitative approach involving data collection through document analysis of the Hakam Rules (Selangor State) 2014 that are currently applicable in Selangor. The objective of the study is to give a clear picture of the implementation of hakam as an alternative dispute resolution method for shiqaq in marriage in Selangor. The results of the study found that the Hakam Rules (Selangor State) 2014 has embedded specific and detailed elements regarding the implementation of the weighing arbitration process through the provisions that cover pertaining to the appointment of hakam, functions, proceedings of the tahkim session, the committees of hakam, the ethics of hakam and complaints against the panels of hakam. Accordingly, it is clear that hakam is one of the important alternative methods to resolve shiqaq in marriage. Hence, this study is expected to provide guidance and benefit for the implementation of hakam in other states.
Downloads
References
Ahmad Harari dan Raihanah Azahari. 2014. Pengukuhan Institusi Keluarga Melalui Kawalan Terhadap Perceraian: Analisis Literatur. Jurnal Fiqh. No. 14. 175-194
Alyasak Berhan & Wan Abdul Fattah Wan Ismail. 2016. Pengetahuan Masyarakat Islam Terhadap Perceraian Luar Mahkamah Di Daerah Tampin, Negeri Sembilan. Malaysian Journal of Syariah and Law. Vol. 4. 1-20
Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
Haliza A. Shukor et al. 2012. Krisis Rumah Tangga: Punca-punca Dan Cara Untuk Mengatasinya Menurut Perspektif Syariah Dan Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984. Kajian Syariah dan Undang-undang Siri 4. Vol. 4. 68-85
Hammad Mohamad Dahalan dan Mohamad Azlan Yahya. 2017. Hakam Dalam Mahkamah Syariah: Analisis Pelaksanaannya Di Sisi Prinsip Syariah Di Malaysia, Proceeding of 2nd International Conference on Law, Economics and Education (ICONLEE), Grand Bluewave Hotel, Shah Alam, Malaysia.
Kaedah-kaedah Hakam (Negeri Selangor) 2014
Mahmud Saedon Awang Othman. (2000). Tahkim (Timbangtara dalam Islam). Jurnal Undang-undang IKIM. Vol. 4 No 2 July-Dis 2000. 18-30
Mohamad Hafifi Hassim, Nor ‘Adha Ab Hamid, Norazla Ab Wahab, Nurhafizah Raja Abdul Aziz, Roslinda Ramli, Siti Noor Ahmad. 2019. Penyelesaian Pertikaian Alternatif Dalam Islam : Aplikasinya Terhadap Kes-Kes Kekeluargaan Dan Kehartaan Di Mahkamah Syariah. e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi. Vol 6. No. 2 (September 2019), 1-14
Mohd Saleh Haji Ahmad. 2005. Kaedah-kaedah Penyelesaian Pertikaian Dalam Islam: Tumpuan Kepada Konsep Tahkim di dalam Risalah Ahkam. Intel Multimedia and Publication
Mumtazah Narowi, Noor Fadhzana Mohd Noor dan Siti Amalina Ahmad Khairuddin. 2020. Hakam Dan Aplikasinya Dalam Penyelesaian Kes Perceraian Di Mahkamah Syariah Negeri Selangor. International Multidisciplinary Postgraduate Virtual Conference 2020 (IMPC20). 9 & 10 Disember. Centre of Graduate Studies, 182-184.
Nur Khalidah Dahlan, Mohd Rizal Palil, Mohamad Abdul Hamid dan Noor Inayah Yaakub. 2017. Kaedah Penyelesaian Pertikaian Alternatif Dari Sudut Syariah Di Malaysia. Journal Of Nusantara Studies (JONUS). Vol 2(1)
Nurul Syafini Abd Rahman, Hasliza bt Talib, Noor Syahida Binti Abdul Rahman. 2020. Keruntuhan Rumah Tangga: Punca Dan Solusinya. E-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-5 (PASAK5 2020). Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Salleh Ismail. 2003. Pembubaran Perkahwinan Mengikut Fiqh dan Undang-undang Keluarga Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Zaleha Kamaruddin dan Raihanah Abdullah. 2002. Kamus Istilah Undang-undang Keluarga Islam. Kuala Lumpur: Zebra Edition Sdn. Bhd.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2023 Journal of Muwafaqat
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.