ISU TUNGGAKAN NAFKAH: KEPERLUAN PENUBUHAN BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA (BSK)

Arrears of Maintenance Issues: Requirements of Family Support Division (BSK) Establishment

Authors

  • Nur Zulfah Md Abdul Salam KUIS
  • Nur Syazwani Mohd Khatib KUIS

Keywords:

Bahagian Sokongan Keluarga, Nafkah, Tunggakan, Mahkamah Syariah, Bailif

Abstract

Nafaqah is a necessity and imposed to a specific individual. It is the duty a of father/husband to provide for the maintenance of the children and wife, and the duty of children towards their parents. Thus, the Islamic family law in Malaysia has set forth a specific provision relating to maintenance and the neglected party may apply for maintenance in the Syariah Court. Therefore, the Syariah Court is vested with powers to deal with Muslim families to ensure that cases are resolved successfully to protect the maslahah of the disputing parties. This paper seeks to examine mechanism in the establishment Family Support Division (BSK) as one of the initiatives in resolving the cases relating to recovery of arrears of maintenance. This study was conducted by applying qualitative approach using interview method and library research. The results show, BSK is directly involved in providing consultation and Syariah legal service to the parties specifically involved in maintenance claims and enforcement procedures following the judgement by Syariah Court. The BSK also plays a role of a Syarie lawyers and Bailif in the execution of judgments and enforcement of orders made by the Syariah Court regarding to recovery of arrears of maintenance. However, there are also obstacles in streamlining the process of payment of maintenance, which means that the BSK faces problems in financial management and requires sufficient funds to assist the mothers and wives involved in the maintenance claim cases.

Abstrak

Nafkah merupakan suatu keperluan hidup dan diletakkan sebagai tanggungjawab kepada individu tertentu. Bapa perlu melunaskan nafkah buat anaknya, isteri pula memerlukan nafkah dari suaminya dan ibu bapa yang telah uzur juga membutuhkan nafkah dari anak-anaknya. Justeru, undang-undang keluarga Islam di Malaysia telah menggariskan suatu peruntukan khusus berkenaan hal nafkah dan pihak yang teraniaya boleh memohon tuntutan nafkah di Mahkamah Syariah.  Oleh itu, Mahkamah Syariah sebagai sebuah institusi lazim dalam membicarakan hal berkenaan kekeluargaan Islam berusaha dalam menjamin penyelesaian kes-kes tunggakan nafkah diselesaikan dengan baik dan mampu mendatangkan maslahah kepada pihak-pihak yang bertikai. Tujuan artikel ini adalah bagi membincangkan inisiatif atau mekanisma penubuhan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) sebagai salah satu inisiatif dalam menyelesaikan kes-kes tunggakan nafkah. Kajian dijalankan dalam bentuk kualitatif dengan menggunakan metode temubual dan kajian kepustakaan. Hasil kajian mendapati BSK terlibat secara langsung dalam memberi khidmat nasihat dan perundangan Syariah kepada pihak-pihak yang terlibat secara khusus berkaitan tuntutan nafkah serta tatacara penguatkuasaan dan pelaksanaan penghakiman selepas suatu penghakiman atau perintah dibuat oleh Mahkamah Syariah. BSK juga berperanan melaksanakan tugas peguam Syarie dan Bailif dalam pelaksanaan penghakiman dan penguatkuasaan perintah yang dibuat oleh Mahkamah Syariah berkaitan dengan nafkah. Walau bagaimanapun, wujud juga kekangan dalam melicinkan proses pembayaran nafkah ini antaranya BSK menghadapi masalah dalam pengurusan kewangan dan memerlukan dana yang secukupnya dalam membantu ibu dan isteri yang terlibat dalam masalah nafkah.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Al-Quran al-Karim.

Abdul Azis Dahlan. 2001. Ensiklopedia Hukum Islam. Jil. 6. Cet. 5. Jakarta: PT Ichtiar Baru van Hoeve.

Ab. Ghani Ahmad & Nuarrual Hilal Md. Dahlan. 2016. Kewajipan Menanggung Nafkah Anak Tak Sah Taraf: Satu Kajian Kes di Negeri Kedah. Jurnal Kanun. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. Hlm 214.

Abdul Monir Yaacob & Siti Shamsiah Md Supi. 2006. Manual Undang-Undang Keluarga Islam. Kuala Lumpur: IKIM. Hlm. 222

Badruddin Haj Ibrahim & Azizah Mohd. 2013. Hak Anak terhadap Nafkah dalam Perundagan Islam: Sejauh manakah Bapa Bertanggungjawab Menanggung Nafkah Anaknya.Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia. Jil. 25. Bil. 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Hlm 255.

Kamus Undang-undang. 2002. Cet. Kelima.Selangor. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Kursus E-Syariah (E-Nafkah) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. 2017. http://www.jksm.gov.my. 4 Ogos.

Muhammad Haniff Hassan. 2013. Tuntut Nafkah Anak Dari Bekas Suami. Berita Harian, 28 Jun

Muhammad Syafiq Mukhtar. 2015. Peguam Muslim Menulis: Kecuaian Punca Hak Anak Terabai. Berita Harian, 19 November.

Muhammad Az-Zuhaili. 2009. Al-Mu’tamad Fiqah Imam Syafi’i. Terj. HM. Yusuf Sinaga MA & Muhammad Harun Zain. Jil. 4. Selangor: Berlian Publications Sdn. Bhd. Hlm. 377.

Muhammad al-Wahhab as-Syaati. 2014. 300 Soal Jawab Fikih Imam Syafii. Terj. Muhammad Yusuf al-Kastani. Kuala Lumpur: Penerbitan Seribu Dinar Sdn.Bhd.

Najibah Mohd Zin et al. 2007. Undang-Undang Keluarga (Islam). Jil. 14. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Perpustakaan Negara Malaysia. 2005. Kamus Dewan. Edisi 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Portal JAKESS. Soalan Lazim JAKESS.http://www. jakess.gov.my/soalanlazim-nafkah. 16 Oktober 2019.

Rafiah binti Ismail. 2008. Nafkah Anak Orang Islam Di Negara Malaysia: Suatu Kajian Dari Tahun 2002 Hingga 2005. Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Roslina Che Soh @ Yusoff, Nurhidayah Muhammad Hashim & Naim Mokhtar. 2017. Bahagian Sokongan Keluarga Membantu Anak Selepas Perceraian: Keberkesanan, Cabaran dan Perbandingan dengan Amalan Negara Maju. Jurnal Kanun. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. Hlm 160.

Seksyen Bahagian Sokongan Keluarga. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor. 2012. http://www.jakess.gov.my. 4 Ogos.

Selangor Sumbang RM 100, 000 bagi Dana Bantuan Nafkah. Selangor Kini. http://www. selangorkini. my/2019. 17 September 2019.

Temubual

Temu bual bersama Tuan Muhammad Amir Firdaus bin Sidin. Penolong Pengarah Seksyen Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor, Selangor Darul Ehsan pada 3 Februari 2017. Jam 10.00 pagi.

Published

2020-06-30

How to Cite

Md Abdul Salam, N. Z., & Mohd Khatib, N. S. (2020). ISU TUNGGAKAN NAFKAH: KEPERLUAN PENUBUHAN BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA (BSK): Arrears of Maintenance Issues: Requirements of Family Support Division (BSK) Establishment. Journal of Muwafaqat, 3(1), 38–51. Retrieved from https://muwafaqat.uis.edu.my/index.php/journal/article/view/16