PENGURUSAN TUNTUTAN HARTA PUSAKA DALAM KALANGAN MASYARAKAT ISLAM: KAJIAN DI LEMBAH KLANG
Estate Claim Management among Muslim Community: A Study in Klang Valley
Keywords:
Pengurusan Tuntutan Harta Pusaka, Harta Pusaka, Masyarakat IslamAbstract
Estate management has always been a crucial issue as it involves every member of a society especially when a death occurs and during the distribution of the estate. Besides the issue of the increasing value of frozen estates each year, there are also many cases of disputes, murders and family conflicts caused by the distribution of the estate reported in the news and social media. An efficient and effective estate management through the involved institutions are crucial not only to the society but also to the nation in spearheading the economic growth and development. This paper aimed to discuss the level of knowledge and understanding of Muslim community in estate management as well as the efficiency and effectiveness of the institutions involved. This field study used the quantitative methodology. This field-based study applied the quantitative methods. It used the questionnaire for data collection and SPSS version 18.0 software to analyse those data. A pilot study has been conducted to obtain the validity and reliability of the items used in the questionnaire. The Cronbach’s coefficient Alpha value for the questionnaire items was 0.707. In the main study, the researchers selected 314 respondents in the Klang Valley involving three locations, which were Selangor, Putrajaya and Kuala Lumpur. The findings showed that the respondents have a moderate level of knowledge and understanding regarding estate claim with an average min value of 3.501; while, the level of efficiency and effectiveness is at a moderate level with an average min value of 3.284.
Abstrak
Pengurusan harta pusaka sentiasa menjadi isu penting kerana ia melibatkan setiap ahli masyarakat terutama apabila berlaku kematian dan pembahagian harta. Selain daripada isu peningkatan nilai harta beku yang sentiasa bertambah dari tahun ke tahun, terdapat banyak kes dipaparkan di akhbar dan media sosial berkaitan pergaduhan, pembunuhan dan konflik keluarga yang berpunca daripada pembahagian harta. Pengurusan harta pusaka yang cekap dan berkesan melalui insititusi yang terlibat adalah sangat penting bukan sahaja kepada masyarakat bahkan juga kepada negara bagi memacu kemajuan dan pembangunan ekonomi. Artikel ini ditulis bagi membincangkan tahap pengetahuan dan kefahaman masyarakat Islam serta tahap kecekapan dan keberkesanan institusi yang terlibat dalam pengurusan tuntutan harta pusaka. Kajian dilakukan secara lapangan dengan menggunakan kaedah kuantitatif. Data-data tersebut dikumpulkan melalui instrumen borang soal selidik dan analisis data menggunakan perisian SPSS versi 18.0. Kajian rintis telah dilakukan untuk mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan item-item yang digunakan dalam soal selidik ini. Pekali Cronbach Alpha bagi item daripada soal selidik ini adalah 0.707. Dalam kajian sebenar, seramai 314 orang responden telah dipilih di sekitar Lembah Klang yang melibatkan tiga lokasi iaitu Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur. Dapatan kajian menunjukkan para responden mempunyai tahap pengetahuan dan kefahaman yang sederhana berkaitan tuntutan harta pusaka dengan purata nilai min keseluruhan adalah 3.501, manakala tahap kecekapan dan keberkesanannya juga pada tahap sederhana dengan purata nilai min keseluruhan adalah 3.284.
Downloads
References
Abdul Hamid Mohamad. 2016. Pengurusan Harta Orang Islam: Konflik Bidangkuasa Mahkamah Dan Kesannya Ke Atas Ekonomi Ummah. Dlm. Seminar Faraid dan Perancangan Pewarisan: Isu Harta Beku dan Penyelesaiannya di Malaysia. 29 dan 30 Mac 2016. Institut Kemahiran Islam Malaysia.
Ahmad Hidayat Buang. 2008. Appreciation of Syariah Principles in Property Management in Contemporary Malaysia Society. Jurnal Syariah 16 (Keluaran Khas), 555-566.
Ahmad Lakim. 2016. Pengurusan dan Bidang kuasa Kes Harta Pusaka Mahkamah Syariah di Malaysia: Cabaran dan Transformasi. Dlm. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Transformasi Pengurusan Harta Pusaka di Malaysia. 22 September 2016. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.
Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (Akta 98).
Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (Akta 532).
Akta Probet dan Pentadbiran 1959 (Akta 97).
Alias Baba. 1999. Model Linier dalam Penyelidikan Sains Sosial. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Anon. “RM60 bilion harta orang mati dibeku”. Dlm. Kosmo, 1 Febuari 2016.
Ary, D, Jacobs, L. C. & Razavieh, A. 1996. Introduction to Research in Education. Orlando, Florida: Harcourt Brace College Publishers.
Azman Ismail. 2013. Islamic Inheritance Planning 101. Edisi Pertama. Kuala Lumpur: IBFIM,
Azman Ismail. 2007. Perancangan dan Pengurusan Perwarisan Islam. Kuala Lumpur: Amanah Raya Berhad.
Badrul Hafizan Mat Isa. “Harta pusaka tertunggak RM52b”. Dlm. Utusan Malaysia, 17 Februari 2013.
Chua Yan Piaw. 2006. Kaedah Penyelidikan. Malaysia: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn Bhd.
Coakes, J., Sheridan. 2005. SPSS Version 12.0 for Windows. Analisis Without Anguish. Singapore: CMO Image Printing Price.
Cohen, J., K. Saito, and D. Entekhabi. 2001. The Role of the Siberian High in Northern Hemisphere Climate Variability, Geophys. Res. Let. 28, 299 – 302.
Creswell. J.W. 2012. Educational Research. Planning, Conducting, and Evaluating Quatitative and Qualitative Research. University of Nebraska-Lincoln.
Customary Tenure Enactment (Enakmen Pegangan Adat). No. 17 of 1909.
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003.
Halim, A. H. 2014. Penentuan Harta Pusaka di Malaysia: Kajian dari Perspektif Undang-undang Sivil dan Syariah. Kuala Lumpur: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Jasni Sulong. 2011. Pembaharuan Undang-udang Pentadbiran Pusaka Islam. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
Lawrence N.W. 2006. Social Research Methods. Ed. Ke- 5. New York: Pearson Education Inc.
Muhammad Rani Saidali. 2007. Kaedah Penamaan Simpanan Tabung Haji: Penyelesaian Masalah-masalah Perwarisan. Dlm. Konvensyen Perwarisan Harta Islam. Pada 10-12 Julai 2007. Kuala Lumpur: Amanah Raya Berhad
Muhammad Ridhwan b. Aziz et al. 2014. A Review on Literatures in Planning and Managing of Islamic Wealth Distribution (2001--2013). Library Philosophy and Practice (e-journal).
Mohd Fitri Abdul Rahman et al. 2016. Kelewatan Dalam Pembahagian Harta Pusaka. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSA) Vol. 2: No. 3 (2016).
Mohd Khairy Kamarudin et al. 2016. Amalan Pembahagian Faraid Di Malaysia. Dlm. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSA) Vol. 2: No. 3 (2016). 11.
Mohd Majid Konting. 2005. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Naser Disa. 2009. Penyelarasan Undang-undang Pewarisan: Isu dan Penyelesaiannya. Jurnal Pengurusan JAWHAR Vol. 3, No.1, 2009.
Mohd. Yakop Ikram. Utusan Melayu (M) Bhd; 2017.
Mohd Zaidi Daud et al. 2015. Kepentingan dan Keperluan Perancangan Harta dalam Islam: Penilaian Menurut Perspektif Maqasid Syariah. Journal of Muamalat and Islamic Finance Research (JMFIR) Vol. 12, No. 1, 2015.
Mohd Zamro Muda et al. 2008. Pengantar Undang-undang dan Pentadbiran Puaka, Wasiat dan Wakaf Orang Islam di Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Zamro Muda. 2009. Instrumen Hibah dan Wasiat: Analisis Hukum dan Aplikasi di Malaysia. Jurnal JAWHAR 3(1), 105-158.
Mohd Zamro Muda et al. 2010. Isu-isu Harta Orang Islam di Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd. Al-Adib Samuri. 2016. Bidang Kuasa Membicarakan Kes Berkaitan Wakaf dan Harta Pusaka di Mahkamah Sivil: Analisis Kes Selepas Pindaan Perkara 121(1A), Perlembagaan Persekutuan. Dlm. Mohd Zamro Muda et al. (pnyt.), Isu-isu Harta Orang Islam di Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd. Ridzuan Awang. 2008. Pengurusan Pusaka dan Wasiat Orang Islam di Malaysia. Dlm. Mohd Zamro Muda et al. Dlm. Prosiding Konvensyen Pengurusan Harta Pusaka, Wasiat dan Wakaf. 18 – 19 Oktober 2008, Kuala Terengganu.
Marohaini Yusoff. 2001. Penyelidikan Kualitatif: Pengalaman Kerja Lapangan Kajian. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Nasri Naiimi. 2016. Pengurusan Pusaka Islam, Wasiat dan Hibah di Malaysia: Isu dan Aplikasi. Sintok: UUM Press.
Othman Yaacob. 2006. Pembentukan Trust Hibah Sebagai Alternatif Perancangan Harta. Dlm. Siti Mashitoh Mahamood (Ed), Harta Amanah Orang Islam Di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
Peraturan-peraturan Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955.
Portal Rasmi Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Persekutuan. (10 April 2017). Dicapai daripada https://www.jkptg.gov.my/ms/content/pembahagian-harta-pusaka-kecil.
Rejal Arbee. “Mengapakah RM40 bilion Harta Pusaka Tidak Diwasiatkan?” Dlm. Dewan Masyarakat, Julai: 36. 2007.
Rusnadewi Abdul Rashid dan Noor Inayah Yaakub. 2010. Masalah Kegagalan dan Kelewatan Pengagihan Harta Pusaka di Malaysia. Jurnal Intelek Vol. 5, No.2. Universiti Teknologi Mara.
Shalabi, Muhammad Mustafa. 1976. Ahkam al-Mawarith Bayn al-Fiqh wa al Qanun. Al-Iskandariyyah: al-Maktabah al-Misr al-Hadithah.
Sidek Mohd. Noah. 2002. Reka Bentuk Penyelidikan: Falsafah, Teori dan Praktis. Serdang: Perkhidmatan Percetakan Fakulti Pengajian Pendidikan UPM.
Siti Mashitoh Mahamood. 2009. Isu Pengurusan Wang Tak Dituntut Milik Orang Islam: Bidang Kuasa Baitulmal dan Pemakaian Perundangan Semasa. Dlm. Sohaimi Mohd Salleh et.al. 2009. Prosiding Konvensyen Baitulmal Kebangsaan. Kuala Lumpur: Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji.
Suhaime bin Mahbar. 2016. Transformasi Pengurusan Pentadbiran Harta Pusaka di Malaysia: Cabaran dan Penyelesaiannya. Dlm. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Transformasi Pengurusan Harta Pusaka di Malaysia. 22 September 2016. Universiti Sains Islam Malaysia.
Sulaiman bin Kadimi. 2008. Prosedur Pembahagian Harta Pusaka Kecil di Malaysia. Dlm. Mohd Zamro Muda et al. Prosiding Konvensyen Pengurusan Harta Pusaka, Wasiat dan Wakaf. 18 – 19 Oktober 2008, Kuala Terengganu.
Tarmizi Abdul Rahim. “RM31j Harta Pusaka Masih Tidak Dituntut”. Dlm. Utusan Malaysia, 2 Mei 2009
Tuckman, B.W. 1978. Conducting Educational Research. Ed ke-2. New York: Harcout Brace Jovanovich, Inc.
Wan Abdul Halim Wan Harun. 2006. Pengurusan dan Pembahagian Harta Pusaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.