Sulh Norma Baharu: Aplikasi dalam Kes Mal di Mahkamah Syariah Negeri Selangor
The New Norm of Sulh: Its Application in Mal Cases in Selangor Syariah Courts
DOI:
https://doi.org/10.53840/muwafaqat.v6i2.146Keywords:
Sulh, Norma Baharu, Mahkamah Syariah, Pandemik, Sulh dalam TalianAbstract
Sulh norma baharu merupakan inisiatif yang di ambil oleh pihak Jabatan Kehakiman Syariah negeri-negeri di Malaysia dalam memastikan proses Sulh dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Hal ini kerana kewujudan penyakit berjangkit Covid-19 telah mengakibatkan berlakunya lambakan kes Sulh tidak selesai. Keperluan Sulh yang memerlukan kehadiran pihak-pihak secara fizikal melalui prosiding bersemuka telah membataskan Majlis Sulh dilaksanakan ketika musim pandemik. Oleh yang demikian, Mahkamah Syariah telah menggubal tatacara pelaksanaan Sulh norma baharu melalui pelaksanaan Majlis Sulh secara dalam talian bagi mengelakkan penangguhan kes pihak-pihak. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif melalui kaedah temubual, teks penghakiman serta merujuk penulisan-penulisan ilmiah, jurnal dan buku yang berkaitan perbincangan. Hasil dapatan mendapati, pelaksanaan Sulh norma baharu telah diperkasakan oleh Mahkamah Syariah sepanjang musim pandemik tertakluk kepada prosedur, etika dan tatacara yang ditetapkan. Namun, Majlis Sulh dalam talian ini hanya akan dilakukan oleh mahkamah syariah sekiranya pihak-pihak dalam kes tersebut mempersetujui kaedah pengendalian Sulh dalam talian. Sekiranya salah satu pihak tidak bersetuju makanya Mahkamah Syariah tidak akan melaksanakan Majlis Sulh dalam talian. Ianya bagi mengelakkan wujudnya aduan dan ketidakpuasan dikalangan mana-mana pihak terhadap prosedur yang dijalankan. Walau bagaimanapun, juga kekangan dalam melancarkan perjalanan Sulh dalam talian tersebut. Sekiranya ianya tidak diatasi ia bakal mendatangkan rasa marah oleh pelanggan terhadap sistem kehakiman syarie. Antaranya, seperti pemakluman lebih awal kepada pelanggan berkenaan perkhidmatan Mahkamah Syariah dalam mengendalikan Sulh dalam talian, isu kerahsiaan dan persediaan Mahkamah Syariah sendiri dalam memastikan jaringan internet yang baik. Mahkamah Syariah masih mempunyai ruang dan cara tertentu memperbaiki dan menambah baik kaedah perkhidmatan Sulh dalam talian ini supaya ianya dapat diperkasakan terus secara meluas tertakluk kepada kes-kes tertentu bukan hanya pada musim pandemik sahaja. Justeru, penglibatan Peguam Syarie juga mungkin boleh disarankan dan diselaraskan dengan keperluan bagi penglibatan bersama dalam Majlis Sulh bagi kes klien yang telah melantik peguam. Namun tugas Peguam Syarie dalam Majlis Sulh tersebut hendaklah diperincikan dan ditentukan dalam Arahan Amalan supaya tidak menganggu tugas Pegawai Sulh sedia ada.
The new Sulh norm is an initiative taken by the Shariah Justice Departments of the states in Malaysia to ensure that the Sulh process can be carried out more effectively. This is due to the existence of the infectious disease Covid-19 which has resulted in the dumping of Sulh cases not being completed. The requirement of Sulh that need physical presence of parties has limited the Sulh Council to be implemented during the pandemic season. Thus, the Syariah Courts have enacted the new norm Sulh operating procedure through the implementation of the Sulh Council online to avoid delaying the cases for so long. This study uses qualitative methodology through interviews, text judgments as well as referring to scientific writings, journals and books related to the discussion. The results found that the implementation of the Sulh new norm has been empowered by the syariah courts throughout the pandemic season subject to the prescribed ethics and procedures. However, this online Sulh Council will only be conducted by the Syariah Courts if the parties in the case agree on the method of conducting. If one of the parties does not agree then the syariah court will not perform the online Sulh Council. This is to avoid the existence of complaints and dissatisfaction among any party towards the procedures carried out. Among them, such as prior notification to customers regarding the services of the Syariah Courts in conducting Sulh online, confidentiality issues and the preparation of the Syariah Courts itself in ensuring a good internet network. The Syariah Courts still have certain spaces and ways of improving the online Sulh service method so that it can be empowered directly subject to specific cases. Thus, the involvement of the Peguam Syarie may also be recommended and adjusted to the need for joint involvement in the Sulh Council for the case of the servant who has appointed a lawyer. However, the duties of the Peguam Syarie in the Sulh Council shall be detailed and determined in the Practice Directive so as not to interfere with the duties of the existing Sulh Officer.
Downloads
References
RUJUKAN
Azidah Yaakob, Mohammad Zaharuddin Zakaria, Asmidah Ahmad, Kamilah Wati Mohd, Mustafa ‘Afifi Ab Halim. 2016. Pengenalan Dan Keberkesanan Sulh Di Mahkamah Syariah. USIM Press: Universiti Sains Islam Malaysia.
BH Online. 2022. Selangor Luluskan Ruu Prosiding Mahkamah Syariah Dalam Talian. [dalam talian]. Dilayari dari: https://www.bharian.com.my/ berita/nasional/2022/07/980211/ (akses pada 20 November 2022).
Hasnizam Bin Hashim, Maizatul Farishah Binti Mohd Mokhtar, Norman Zakiyy Chow Jen T’chiang. 2021. Mekanisme Pelaksanaan Majlis Sulh Di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan. E-Prosiding Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2021 “Wawasan Kemakmuran Bersama 2030”. Universiti Sains Islam Malaysia.
Mohd Fuad Salleh. 2008. Peranan Pegawai Sulh dalam Penyelesaian Konflik Keluarga Islam.
Mohd Na’im bin Hj Mokhtar. 2020. Reformation of Syariah Judiciary Institution During Covid-19 Pandemic. Insla E-Prosiding. Universiti Sains Islam Malaysia.
Nora Abdul Hak Sa’odah Ahmad, Umar A. Oseni. 2011. Alternative Dispute Resolution (ADR) in Islam. IIUM Press.
Norzamira Che Noh. 2020. Perbicaraan Kes Tuntutan Cerai Dalam Talian. [dalam talian].
Dilayari dari: https:// www.bharian.com.my/berita/ nasional/ 2020/06/698972/perbicaraan-kes-tuntutan-cerai-dalam-talian (akses pada 18 November 2022).
Nurzakiah Ramlee,Nurul Hikmah & Mohd Bukhari, 2022. Amalan Sulh dalam Norma Baharu di Brunei dan Malaysia. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari 23 (2). Universiti Sultan Zainal Abidin.
Ruzita Ramli, Dina Imam Supaat & Hasnizam Hashim. 2020. Kebiasaan Baharu (New Normal) Dalam Pelaksanaan Sulh Kes Hadhanah Dan Nafkah Anak: Insla E-Prosiding. Universiti Sains Islam Malaysia.
Siti Noraini Binti Haji Mohd Ali, Zulkifli Hasan. 2008. Perlaksanaan Sulh Dan Keberkesanannya di Mahkamah Syariah Selangor.
Syed Khalid Rashid. 2006. Alternatif Dispute Resolution In Malaysia. Kulliyyah of Laws, IIUM: Kuala Lumpur.
Temubual bersama Datin Siti Maszuriyati Binti Aziz, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Sulh, BPKR, JKSM pada 12/08/2022 di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.
Temubual bersama Tuan Fairus Bin Jaafar, Ketua Bahagian Penyelesaian Alternatif, pada 02/09/2022 di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).
Arahan Amalan JKSM No. 1/2000 (Kod Pendaftaran Kes).
Arahan Amalan JKSM No. 3/2002 (Pemakaian Sulh).
Arahan Amalan JKSM No. 7/2003 (Cara Menyimpan dan Melupuskan Catatan Pegawai Sulh).
Arahan Amalan JKSM No. 8/2003 (Prosedur Penyerahan Notis Sulh).
Arahan Amalan JKSM No. 11/2005 (Bidang Kuasa Mahkamah Rendah Syariah Merekodkan Sulh dan Persetujuan Bersama).
Arahan Amalan JKSM No. 15/2005 (Menggugurkan Nafkah ‘Iddah, Mut'ah, Nafkah Anak dan Hadhanah dalam Perjanjian Persetujuan).
Arahan Amalan JKSM No. 4/2006 (Perintah Perjanjian Persetujuan Sulh).
Arahan Amalan JKSM 1/2010 (Penentuan Kes Yang Perlu Dirujuk Ke Majlis Sulh Pada Peringkat Pendaftaran Kes).
Arahan Amalan JKSM No. 4/2011 (Kesan Perjanjian Persetujuan Sulh).
Arahan Amalan JKSM 2/2012 (Perjanjian Penyelesaian/ Persetujuan yang dibuat oleh Peguam Syarie atau Pihak-Pihak).
Arahan Amalan JKSM 2/2012 (Perjanjian Penyelesaian/ Persetujuan yang dibuat oleh Peguam Syarie atau Pihak-Pihak).
Arahan Amalan JKSM 7/2015 (Penyeragaman Proses Kerja Dan Carta Aliran Sulh).
Manual Kerja Sulh JKSM Tahun 2002.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2023 Journal of Muwafaqat

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.