Pemberian Nafkah Anak oleh Waris: Pelaksanaan dan Kekangan Undang-undang
Child Maintenance by Heirs: Implementation and Legal Constraints
Keywords:
Nafkah, Anak, Datuk, Undang-Undang, Mahkamah Syariah.Abstract
Bapa adalah orang yang bertanggungjawab untuk memberi nafkah kepada anak. Nafkah anak berteraskan keperluan asas iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal dan ia diberikan berdasarkan kemampuan seorang bapa. Sekiranya bapa telah meninggal dunia atau tidak mampu untuk menanggung nafkah anaknya, maka dalam hukum Syarak dan juga peruntukan undang-undang di Malaysia mewajibkan pembiayaan nafkah diambil alih oleh ahli waris seperti datuk atau bapa saudara. Ini bagi mengelak anak-anak daripada teraniaya dan terjejas kebajikan hidup dan masa depan mereka. Walau bagaimanapun, terdapat kekangan yang timbul dalam penguatkuasaan pembiayaan nafkah oleh waris iaitu pembayaran secara pemotongan gaji melalui akaun wang pencen. Pemotongan gaji tersebut terikat dengan Akta Pencen 1980 (Akta 227) yang menghalang serahmilik nafkah secara pemotongan wang pencen daripada datuk kepada cucu atau daripada bapa saudara kepada anak saudara. Dalam artikel ini, metode yang digunakan adalah berdasarkan kajian kepustakaan yang merujuk maklumat daripada kitab fiqh, jurnal dan statut undang-undang untuk dianalisis bagi mendapatkan kesejajaran dengan hipotesis kajian dan memenuhi kelompongan kajian lalu. Selain itu, metode kajian juga merujuk kepada metode analisis kes bagi mengenalpasti kekangan yang sebenar yang berlaku dalam pelaksanaan undang-undang dan perintah mahkamah. Skop kajian dilakukan di Mahkamah Syariah Negeri Pulau Pinang. Kajian mendapati, tiada masalah untuk menguatkuasakan perintah nafkah yang melibatkan pemotongan gaji daripada majikan sama ada daripada agensi Kerajaan atau swasta ke atas anak atau isteri masing-masing. Namun, terdapat kekangan cara pelaksanaan untuk pemotongan pencen daripada waris datuk kepada cucu. Oleh itu, secara tidak langsung penguatkuasaan pembayaran akan terjejas dan memerlukan tindakan penambahbaikan daripada pihak yang terlibat dengan segera.
The father is the person responsible for providing for the child. Child support is based on basic needs such as food, clothing and shelter and it is given based on a father's ability. If the father has died or is unable to support his child, then in Islamic law and also the provisions of law in Malaysia it is mandatory for maintenance financing to be taken over by heirs such as grandfathers or uncles. This is to prevent children from being abused and affected by the welfare of their lives and future. However, there are constraints that arise in the enforcement of alimony financing by heirs, namely payment by salary deduction through pension money account. The salary deduction is bound by the Pensions Act 1980 (Act 227) which prohibits the assignment of alimony by deducting pension money from grandfather to grandson or from uncle to nephew. In this article, the method used is based on a literature review that refers to information from fiqh books, journals and legal statutes to be analyzed to obtain alignment with the research hypotheses and meet the gaps of past studies. In addition, the study method also refers to the case analysis method to identify the actual constraints that occur in the implementation of laws and court orders. The scope of the study was conducted in the Penang State Syariah Court. The study found that there was no problem in enforcing alimony orders involving salary deductions from employers either from Government or private agencies on their respective children or spouses. However, there are constraints on the method of implementation for pension deduction from the heirs of the grandfather to the grandson. Therefore, indirectly the enforcement of payments will be affected and require remedial action from the parties involved immediately.
Downloads
References
Abdul Walid Abu Hassan. (2016). Hak-hak Wanita Menurut Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia. Selangor: Universiti Islam Malaysia.
Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984.
Alaudin al-Kasani. (1982). Al-Badai al-Sanai, juz 4. Beirut: Dar al-Kitab al-Arabiyy.
Al-Shirbini, Al-Khatib, Sheikh Muḥammad. (2001). Mughni al-Muhtaj, Jilid 3. Beirut: Dar al-Fikr.
Bahiyah Ahmad, Mazni Abd Wahab, Raihanah Azahari & Asmak Ab Rahman (2013). Pentaksiran Nafkah Anak Berasaskan Kriteria Kifayah dan Ma’ruf: Kajian Kes di Malaysia. Jurnal Syariah, Vol. 21, No. 3: UM.
Al-Bukhārī Muḥammad bin Ismāīl, Abū ‘Abd Allāh. (1987). Al-Jāmi’ al-Ṣaḥīḥ al-Muktaṣar, ed. Muṣṭafā Dīb al-Bughā, c.3. Beirut: Dār Ibn Kathīr. 5.2052.
Imam al-Ghazali Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad at-Tusii. (t.t). Ihya Ulum ad-Din, juz 2. Beirut: Dar al-Fikr.
Mansur ibn Yunus ibn Idris al-Buhuti. (1974). Kashshaf al-Qina, juz 5. Makkah: Matba’at al-Hukumah.
Muslim bin Hajjāj Abū al-Hussain al-Qusyairī al-Naisābūrī. (t.t). Ṣaḥīḥ Muslim, ed. Muhammad Fu’ad ‘Abd al-Bāqī. Beirut: Dār Iḥyā al-Turāth al-A’rabī. 3.1338.
Muslim ibn al-Hajjaj. Kitab al-Āqdiyah, Bab Qadiyyah Hindun, no. hadis: 1714.
Rozi Bainon. (1999). Wanita Penghapusan Diskriminasi dari Perspektif Islam dan Undang-Undang Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Subaida (2014). Konsep Nafkah Menurut Hukum Islam. Jurnal Studi Hukum Islam, Vol. 1, No. 2.
Tuan Mohd Mirza bin Abdul Rashid, Peguam Syarie di Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang dan bekas hakim Mahkamah Rendah Syariah Negeri Perlis dan Negeri Sembilan, dalam temubual dengan penulis di pejabat beliau di Aras 2, Kompleks Kehakiman Syariah Pulau Pinang pada 19hb Februari 2021.
Zainul Rijal Abu Bakar, Nurhidayah Muhammad Hashim. (2018). Sebelum dan Sesudah Ijab & Kabul, Perspektif Undang-undang. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia.
Zakiah Dradjat (1999). Ilmu Fiqh Jilid 2. Yogyakarta: PT. Dana Bakti Wakaf.
Al-Zuhaili. Wahbah (2001). Fiqh Dan Perundangan Islam Jilid vii. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2021 Journal of Muwafaqat

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
