Penubuhan Majlis Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan: Satu Tinjauan Terhadap Tadbir Urus Peguam Syarie

The Establishment of Majlis Peguam Syarie of the Federal Territories: An Overview of the Governance of Syarie Lawyers

Authors

  • Nur Zulfah Md Abdul Salam Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
  • Norazla Abdul Wahab Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
  • Hammad Mohamad Dahalan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

DOI:

https://doi.org/10.53840/muwafaqat.v6i1.142

Keywords:

Peguam Syarie, Majlis Peguam Syarie, Profesion Guaman Syarie, Tadbir Urus

Abstract

Profesion Guaman Syarie terletak di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Enakmen Mahkamah Syariah. Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri-negeri memperuntukkan kuasa kepada Majlis Agama Islam Negeri-negeri untuk membuat peraturan bagi tatacara, kelayakan dan fi bagi penerimaan masuk Peguam Syarie dan bagi mengawal dan menyelia kelakuan peguam syarie. Kesemua negeri-negeri di Malaysia sudah mempunyai Kaedah-kaedah Peguam Syarie masing-masing. Berikutan dari hal ini, isu berkenaan pelantikan dan syarat penerimaan masuk Peguam Syarie juga adalah merujuk kepada peraturan yang ditetapkan dalam kaedah-kaedah Peguam Syarie negeri masing-masing. Namun, Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan telah mengambil inisiatif kehadapan dalam menggubal Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019 atau Akta 814. Akta 814 ini akan disertakan bersama dengan Kaedah-kaedah Peguam Syarie dalam mentadbirurus dan mengawal selia prosedur pelantikan, syarat kemasukan, insuran, kualiti dan etika, tatatertib dan yuran amalan. Oleh yang demikian, disebabkan oleh penubuhan Akta 814 ini, pengurusan dan hal ehwal Peguam Syarie akan dikawal selia oleh Majlis Peguam Syarie Wilayah Persekutuan. Majlis Peguam Syarie Wilayah Persekutuan ini telah ditubuhkan pada 8 Ogos 2022 dengan terdiri daripada tiga belas orang ahli. Metodologi     yang digunakan adalah kajian kualitatif dengan mengaplikasikan instrumen kajian perpustakaan dengan merujuk kepada bahan-bahan bacaan dan kajian-kajian lepas. Manakala bagi tujuan pengumpulan data dan maklumat, kaedah temubual telah   diaplikasikan. Hasil tinjauan awal mendapati pentadbiran Majlis Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan ini dijangkakan akan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2023. Ketika ini kesemua ahli induk dan ahli jawatankuasa sedang dalam proses menyusun agenda pentadbiran supaya ianya kelihatan sistematik. Kuasa-kuasa sedia ada bagi Majlis Peguam Syarie Wilayah Persekutuan dinyatakan dalam Akta 814 dan dipercayai dapat memperkasakan integriti dan kecekapan peguam syarie.

The Syarie Legal profession is under the Aministration of the Religion of Islam Enactments and the Syariah Court Enactments. The States’ Islamic Religious Administration Enactments allocate the power to the States’ Islamic Religious Council to make regulations for the procedures, qualifications and admission fees of syarie lawyers and to control and supervise the conduct of syarie lawyers. All the states in Malaysia already have their own syarie lawyer rules. Following this, the issue regarding the appointment and admission requirements of syarie lawyers are also referred to the regulations stipulated in the states’ rules of syarie lawyers. However, the syarie lawyers of the federal territories have taken the initiative in enacting the Syarie Legal Profession Act (Federal Territories) 2019 or Act 814. This Act will include the Rules of Syarie Lawyers in managing the governance and regulating the appointment procedures, admission requirements, insurance, quality and ethics, discipline and practice fees. Therefore, due to the establishment of this Act, the management and affairs of syarie lawyers will be regulated by the Majlis Peguam Syarie of the Federal Territories. The Majlis Peguam Syarie of the Federal Territories was established on 8 August 2022 with a total of thirteen members. The methodology employed is a qualitative study by applying library research instruments with reference to reading materials and past studies. While for the purpose of collecting data and information, the interview method has been applied. The results of the preliminary survey found that the administration of the Majlis Peguam Syarie of the Federal Territories is expected to be fully operational in 2023. Currently, all main members and the committee members are in the process of organising the administrative agenda so as to make it systematic. The existing powers of the Federal Territories’ Majlis Peguam Syarie are stated in the Act 814 and it is believed to strengthen the integrity and efficiency of syarie lawyers.

 

Downloads

Download data is not yet available.

References

RUJUKAN

Jasri Jamal. 2005. “Isu Perlantikan dan Etika Peguam Syarie”, dalam Kaedah Perundangan, Bidangkuasa Dan Tatacara Mahkamah Syariah. Sunt. Tajul Aris Ahmad Bustani, Mohd Hisham Mohd Kamal & Farid Sufian Shuaib. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Musa bin Awang. 2017. Peguam Syarie di Malaysia: Realiti Semasa & Ke Arah Penggubalan Akta Profesion Guaman Syarie

BH Online. 2022. Akta Profesion Guaman Syarie dikuatkuasa 21 Jun 2022. [dalam talian]. Dilayari dari: Akta Profesion Guaman Syarie dikuat kuasa 21 Jun ini (bharian.com.my) (akses pada 25 Disember 2022).

Zulkifli Hasan & Hasnizam Hashim. t.t. Ke Arah Penubuhan Badan Peguam Syarie Malaysia . Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia.

Temubual

Tuan Musa Bin Awang, Presiden Peguam Syarie Malaysia (PGSM) & Timbalan Presiden Majlis Peguam Wilayah Persekutuan pada 24 Jun 2022.

Tuan Wan Mohd Sanusi Bin Wan Mohd Noor, Pengurus Unit Undang-undang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 13 Jun 2022.

Tuan Muhammad Ezri Bin Abdul Wahab, Timbalan Presiden Majlis Peguam Malaysia pada 5 Julai 2022.

Tn Mohd Tajuddin Bin Abdul Razak, Peguambela, Peguamcara & Peguam Syarie Ahli Jawatankuasa Perhubungan Mahkamah Majlis Peguam Syarie Wilayah Persekutuan

Pada 4 Oktober.

Published

2023-04-30

How to Cite

Md Abdul Salam, N. Z., Abdul Wahab, N. ., & Mohamad Dahalan, H. (2023). Penubuhan Majlis Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan: Satu Tinjauan Terhadap Tadbir Urus Peguam Syarie : The Establishment of Majlis Peguam Syarie of the Federal Territories: An Overview of the Governance of Syarie Lawyers. Journal of Muwafaqat, 6(1), 59–72. https://doi.org/10.53840/muwafaqat.v6i1.142

Most read articles by the same author(s)