Pematuhan Perintah Persetujuan Sulh Di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor
Sulh Settlement Agreement Compliance at The Selangor Syariah High Court
DOI:
https://doi.org/10.53840/muwafaqat.v8i2.198Keywords:
Sulh, Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Pelanggaran Perintah, Saman Penghutang Penghakiman, PengkomitanAbstract
Pelaksanaan sulh di Mahkamah Syariah merupakan suatu langkah yang diambil oleh Mahkamah Syariah bagi menyelesaikan kes-kes tanpa melalui dewan perbicaraan di samping pada masa yang sama dapat mengurangkan timbunan kes yang didaftarkan. Majlis Sulh adalah alternatif dalam menyelesaikan pertikaian yang berlaku antara pihak-pihak. Namun, kerap kali berlaku isu pelanggaran terhadap perintah penghakiman hasil perjanjian persetujuan sulh yang telah dipersetujui oleh pihak-pihak yang terlibat semasa Majlis Sulh. Perkara ini menjadi cabaran utama bagi pihak mahkamah dalam menangani ketidakpatuhan terhadap perintah mahkamah. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis tahap pematuhan perintah persetujuan sulh di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor dan mengenal pasti kesan yang bakal dihadapi sekiranya berlaku pelanggaran terhadap perintah mahkamah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif melalui temu bual separa berstruktur bersama 5 orang informan yang berpengalaman di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) dan analisis dokumen terhadap fail-fail kes pelanggaran perintah dalam tempoh 2020 sehingga 2024. Data dikumpul dan dianalisis mengikut kaedah tematik yang telah menghasilkan enam tema utama berkaitan pematuhan persetujuan sulh dari aspek definisi, perkara yang dititikberatkan, cabaran, implikasi pelanggaran, jenis pelanggaran serta cadangan penambahbaikan terhadap amalan pelaksanaan sulh. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat dua jenis pelanggaran perintah mahkamah yang berkaitan dengan perjanjian penyelesaian sulh iaitu saman penghutang penghakiman dan pengkomitan. Faktor yang menyebabkan pelanggaran perintah berlaku ialah kurang cakna terhadap terma perjanjian, terma yang kurang jelas di dalam perjanjian dan kelemahan dalam penguatkuasaan perintah. Kajian ini mencadangkan penambahbaikan terhadap sistem penguatkuasaan dan memberikan pemahaman yang mendalam terhadap pihak-pihak. Oleh itu, kajian lanjutan diperlukan bagi melihat kaedah yang sesuai digunakan bagi memastikan pihak-pihak melaksanakan segala terma yang telah dipersetujui dalam Majlis Sulh.
The implementation of sulh in Syariah Courts is a measure taken by the Syariah Court to resolve cases without going through the courtroom while simultaneously reducing the backlog of registered cases. The Sulh Council serves as an alternative in resolving disputes that occur between parties. However, violations of court orders resulting from sulh settlement agreements that have been agreed upon by the parties involved during the Sulh Council frequently occur. This matter becomes a major challenge for the court in addressing the non-compliance with court orders. This matter becomes a major challenge for the court in dealing with non-compliance with court orders. This article aims to analyze the level of compliance with sulh settlement orders at the Selangor Syariah High Court and identify the consequences that may be faced if violations against court orders occur. This study employs qualitative design through semi-structured interviews with 5 experienced informants from the Selangor Syariah Judiciary Department (JAKESS) and document analysis of case files involving order violations from 2020 to 2024. Data were collected and analyzed using thematic methods which produced six main themes related to sulh agreement compliance from aspects of definition, matters emphasized, challenges, implications of violations, types of violations, and suggestions for improvement to sulh implementation practices. The research findings show that there are two types of court order violations related to sulh settlement agreements, namely judgment debtor summons and committal. Factors causing order violations include lack of attention of agreement terms, unclear terms in agreements, and weaknesses in order enforcement. This study recommends improvements to the enforcement system and providing in-depth understanding of the parties. Therefore, further research is needed to examine appropriate methods to ensure parties implement all terms agreed upon in the Sulh Council.
Downloads
References
Adzidah Yaakob, Mohamad Zaharuddin Zakaria, Asmidah Ahmad, Kamilah Wati Mohd & Mustafa ‘Afifi Ab Halim. 2016. Pengenalan Dan Keberkesanan Sulh Di Mahkamah Syariah. Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.
Ahmad Hidayat Buang. 2003. “Faktor-faktor Penangguhan Kes-kes Mal di Mahkamah Syariah di Malaysia Berasaskan kepada Fail-fail Kes Mahkamah”, Kertas Kerja yang dibentangkan di Seminar Penyelidikan Projek Keberkesanan Mahkamah Syariah, Kuala Lumpur, 21 Oktober 2003.
Ahmad Mukhlis Mansor, Nora Abdul Hak & Roslina Che Soh @ Yusoff. 2024. Mama Papa Please Hear Me: The Participation of Children in Child Custody Mediation in the Syariah Courts of Malaysia. Journal of Legal Studies, Vol. 15, No. 2, 385-408.
al-Arqaswi, Muhammad Naim & al-Arqaswi Muhammad Ridhuan. 2000. Tafsir al-Jalalain bi Hamisy al-Quran karim lil Imamain al-Jalalain Jalaluddin al-Mahalli & Jalaluddin as-Suyuti. Cetakan ketiga. Muasasah al-Risalah. Beirut, Lebanon. 2000.
al-Asqalani, Ahmad ibn Ali ibn Hajar. Fathul bari Penjelasan Kitab Sahih al Bukhari. Pentahqiq Syaikh Abdul Aziz Abdullah bin Baz. Pustaka Azzam. Jakarta Selatan.
al-Baijuri, Ibrahim ibni Muhammad Ahmad. 2015. Hasyiah Imam al-Baijuri ala’ Syarah ibn Qasim al-Ghazi ala’ Matan Abi Syuja’. Ditahqiq oleh Mar’ie Hassan Rushd, disemak oleh Dr Bassam al-Ahmad al-Sheikh. Dar Nur Sobah, Damsyik, Lebanon.
Chua Yan Piaw 2021. Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Edisi ke 4. McGraw-Hill Education (Malaysia) Sdn Bhd. Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.
Hadenan Bin Towpek, Ahmad Shah Affandie, Aemy Bin Aziz, Afifah Binti Azmi, Masitah Binti Omar & Mohd Zuhaili Bin Kamal Basir. 2023. Sulh Dalam Perundangan Islam: Analisis Literatur Utama. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, Vol. 8 Issues 56, 439 – 460.
Hadenan Towpek, Ahmad Shah Affandie & Zaenuddin Hudi Prasojo. 2023. Amalan Pengurusan Sulh Di Jabatan Kehakiman Syariah. Journal of Shariah Law Research. Vol. 8 (1), 1- 32.
Hendun Abd. Rahman Shah, Siti Maszuriyati Aziz, Norfadhilah Mohamad Ali, Norshuhaida Che Musa, Adzidah Yaakob, Mustafa ‘Afifi Ab. Halim & Nur Umairah Mohd Jais. 2022. Sulh-Mediasi Dalam Talian Dalam Konflik Kekeluargaan di Mahkamah Syariah Malaysia: Prospek dan Cabaran Norma Baharu. Ulum Islamiyyah, The Malaysian Journal of Islamic Sciences. Vol. 34 No.3, 71-81.
JAKESS. 2022. Laporan Tahunan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS). Bahagian Penyelesaian Alternatif. Hlm 12-13, Penerbit Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.
Kamarul Azmi Jasmi. 2012. Metodologi Pengumpulan Data Dalam Penyelidikan Kualitatif. Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia, Kertas kerja dibentangkan di Kursus Penyelidikan Kualitatif siri 1 2012 pada 28-29 Mac 2012 di Puteri Resort Melaka anjuran Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim.
al-Kasani, Abu Bakar Ibn Mas’ud. 1997. Bada’i al-Sana’I fi Tartib al-Shara’i. Jilid 7. Dar Kutub al-Ilmiyah. Beirut. Lubnan. 1997.
Mohd Na’im Mokhtar. 2024. Hampir 90 peratus kes sulh berjaya diselesaikan pada 2023. Bernama. 23 Januari 2024. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/hampir-90-peratus-kes-sulh-berjaya-diselesaikan-pada-2023-mohd-naim-455264 Dicapai pada 18 Jun 2025.
Nora Abdul Hak, Ahmad Mukhlis Mansor & Roslina Che Soh @ Yusoff. 2020. Resolution of Child Custody Dispute: Legislative Foundation and Contemporary Application of Sulh in the Shariah Court of Malaysia. Journal of Islam in Asia, Vol. 17, No. 3, 150-169.
Nur Zulfah Md Abdul Salam & Noor Shamimi Afikah Mohammad Fadli. 2023. Sulh Norma Baharu: Aplikasi Dalam Kes Mal Di Mahkamah Syariah Negeri Selangor. Journal of Muwafaqat, Vol. 6 No. 2, 61-79
Raihanah Azahari. 2004. “Pelaksanaan Sulh di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Darul Ehsan (JAKESS): Satu Sorotan Awal”, Jurnal Syariah, Vol. 12 (2), 43-78.
Sayyid Qutb, Ibrahim Husayn Shadhili. 2000. Tafsir Fi Zilalil Qur’an Di Bawah Bayangan al-Qur’an. Terjemahan Yusoff Zaky Haji Yacob. Cetakan Pertama. Pustaka Aman Press Sdn. Bhd. Kota Bharu.
Suhaizad Saifuddin, Nurul Fadhlina Che Daud & Nurul Akmar Mohamad Hilmi. 2024. Sulh as an Instrument of Alternative Dispute Resolution (ADR): Practice in Syariah Court of Negeri Sembilan. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat. Vol 34, No. 2, 49-60.
Zanariah Noor. 2010. Aplikasi Prinsip Kebajikan Kanak-Kanak Dalam Kes Hadhanah. Malaysian Journal of Syariah and Law. Vol. 2, 63-93.
Kes
Muhammad Sazlan bin Sirajuddin Lawan Li Lean Chan. 2023. No Kes Permohonan: 2305-H0310-415-0420. Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam Selangor.
Nurul Asilah binti Mohamad Asif Lawan Mohamad Asif bin Abdul Talib. 2023. No Kes Permohonan: 2303-H0310-424-0271. Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam Selangor.
Temu bual
Temu bual Bersama En Fairus bin Jaafar, Ketua Bahagian Penyelesaian Alternatif Mahkamah Tinggi Syariah pada Hari Rabu 16/10/2024 jam 2.30 petang di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam Selangor.
Temu bual Bersama Puan Maryam Jameelah binti Ali Sabri, Pegawai Sulh Mahkamah Rendah Syariah Ampang pada Hari Isnin 02/12/2024 jam 10.00 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Ampang.
Temu bual Bersama Puan Shanizah binti Ngatiman, Pegawai Sulh Mahkamah Tinggi Syariah pada Hari Jumaat 08/11/2024 jam 3.30 petang di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Temu bual Bersama Puan Siti Aminah binti Kamal, Pegawai Sulh Mahkamah Tinggi Syariah pada Hari Jumaat 15/11/2024 jam 9.00 pagi di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Temu bual Bersama Puan Sri Kauthar binti Mohamad Banon, Penolong Pendaftar 1 Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, pada Hari Jumaat 05/01/2024 jam 10.00 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.
Temu bual Bersama Tuan ‘Afif Sofiuddin bin Syeikh Abd Ghani, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Ampang pada Hari Isnin 02/12/2024 jam 4.00 petang di Mahkamah Rendah Syariah Ampang.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Journal of Muwafaqat

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
