Proses Penggeledahan Keterangan Dokumen Elektronik dalam Kes Jenayah Syariah
Searching Process in the Syariah Criminal Cases: Analysis the Admissibility of Electronic Document Evidence
DOI:
https://doi.org/10.53840/muwafaqat.v5i2.122Keywords:
penggeledahan, penyitaan, keterangan dokumen elektronik, kes jenayah syariah, kebolehterimaanAbstract
Pegawai penguatkuasa agama menggeledah dan menyita dokumen elektronik untuk dikemukakan sebagai pembuktian semasa perbicaraan kes jenayah syariah. Kedua-dua proses ini perlu memenuhi prinsip rantaian keterangan dan rantaian jagaan untuk menyokong kebolehterimaannya sebagai keterangan di mahkamah. Penulisan ini akan membincangkan proses penggeledahan dan penyitaan di bawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah. Seterusnya penulisan ini menganalisis permasalahan yang ada dalam kedua-dua proses tersebut untuk menyokong kebolehterimaan keterangan dokumen elektronik dalam kes jenayah syariah. Penulisan ini turut akan mencadangkan penyelesaian ke atas permasalahan terbabit. Penulisan ini merupakan sebuah kajian perundangan tulen serta menggunakan kaedah kajian kualitatif. Kaedah kajian perpustakaan digunakan untuk mengumpul data berkaitan dengan proses penggeledahan dan penyitaan kes jenayah syariah. Kaedah temubual ke atas pegawai penguatkuasa agama digunakan untuk menyokong dapatan penulisan ini. Penulisan ini mendapati ketiadaan garis panduan dalam mengendalikan penggeledahan dan penyitaan yang membabitkan dokumen elektronik menyebabkan integriti dokumen elektronik tersebut boleh dicabar dan ini menjejaskan kebolehterimaannya sebagai keterangan. Akhirnya penulisan ini mencadangkan agar satu prosedur operasi standard dibina untuk membantu pegawai penguatkuasa agama menjalankan tugas penggeledahan dan penyitaan dokumen elektronik serta mampu menyokong kebolehterimaan keterangan dokumen elektronik tersebut semasa dikemukakan dalam perbicaraan kelak.
Religious enforcement officers searched and confiscated the electronic documents to be presented as evidence during the trial of the Syariah criminal cases. Both processes have to fulfil the principle of chain of evidence and chain of custody to support the admissibility as evidence in the court. This paper will discuss the process of searching and seizing under the Syariah Criminal Procedure Enactment. Then this paper analyzed the problems that exist for the both processes to support the admissibility electronic document evidence in the Syariah criminal cases. This paper also suggests the solution for that problem involved. This study is a pure legal study that uses qualitative research methods. Library research method is used to collect data that related to the process of search and seizure in the Syariah criminal cases. Interview method with the official enforcement of religion used to support the findings of this study. This study found that there are no guidelines in handling search and seizure that involve electronic documents that cause the integrity of the electronic documents can be challenging and affect the admissibility of the evidence. Finally, this paper suggests the standard operating procedure be established to assist religious enforcement officers searching and seizing electronic documents and able to support the admissibility of the electronic document evidence during next trial.
Downloads
References
Ahmad Azam Mohd Shariff. 2012. Prosedur Siasatan dan Pendakwaan Jenayah Syariah: Lakuna dalam Peruntukan Undang-undang Jenayah Syariah di Malaysia, Tesis Dr Falsafah, Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ahmad Nizam bin Amiruddin, Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama, Pejabat Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah, Jabatan Agama Islam Perak, di Ipoh, Perak, 7 Mac 2018.
Aishah binti Ithnin, Penolong Pegawai Unit Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Melaka, di Melaka, 1 Mac 2018.
Al-Quran dan Terjemahan. 2012. Kuala Lumpur: Penerbit Pustaka Darul Iman.
Arahan Tetap Pengarah Jabatan Agama Islam (Arahan Pegawai penguatkuasa agama) 2007.
Azmi bin Aziz, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Jempol, Negeri Sembilan, di Jempol, Negeri Sembilan, 12 April 2018.
Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003. Lihat juga Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 2003, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Melaka) 2002, Enakmen Tatacara Jenayah Mahkamah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 2004, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Johor) 2003, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Perak) 2004, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Terengganu) 2001 dan Ordinan Tatacara Jenayah Syariah, 2001.
Kes jenayah syariah no: 10002-136-0015-2011 dan 10002-136-0016-2011 dalam Mahkamah Syariah Gombak Barat, Selangor.
Mohd Hidhir bin Hamidon, Ketua Unit Operasi, Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Melaka, di Melaka, 1 Mac 2018.
Mohd Lutfi bin Ahmad Khuzaini, Pegawai Syariah LS 41, Bahagian Pendakwaan, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, di Lebuh Pantai, Pulau Pinang, 23 Mac 2018.
Mohd Radzi bin Sulaiman, Penolong Penguatkuasa Agama, Jabatan Agama Islam Negeri Johor, di Johor Bahru, Johor, 2 Mei 2018.
Mohd Syafiq bin Norizan, Peguam Syarie Negeri Sembilan, di Bandar Seri Putra, Selangor, 15 April 2018.
Nur Hairin bin Khamis, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Unit Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, di Seremban, Negeri Sembilan, 28 Februari 2018.
Piawaian Prosedur Operasi (bahagian Penguatkuasaan Ngeri Johor) 2016.
Rohaizad bin Redzuan, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perundangan, Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Pendakwaan Syariah, Negeri Sembilan, di Seremban, Negeri Sembilan, 26 Februari 2018.
Siti Zubaidah Ismail. 2016. Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Wan Mohamad Helmi bin Masran, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Rembau, Negeri Sembilan, di Seremban, Negeri Sembilan, 2 Mac 2018.
Yusida binti Yusof, Ketua Unit Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Melaka, di Melaka, 1 Mac 2018.
Zulfikri bin Yasoa’, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor, di Shah Alam, Selangor, 27 Mac 2018.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2022 Journal of Muwafaqat

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.