Keperluan Pembinaan Modul Kursus Pembangunan Keluarga Mesra OKU: Satu Sorotan Literatur
The Needs of Designing a People with Disabilities (PWD)-Friendly Module for the Family Development Course: A Literature Review
DOI:
https://doi.org/10.53840/muwafaqat.v5i2.124Keywords:
keperluan, pembinaan, modul, kursus pembangunan keluarga, mesra OKUAbstract
Amalan di Malaysia, pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga perlu menghadiri kursus pra perkahwinan sebagai persediaan ilmu sebelum memasuki gerbang perkahwinan di samping mengetahui hak dan tanggungjawab masing-masing. Walabagaimanapun, golongan orang kurang upaya (OKU) diberi pengecualian daripada mengikuti kursus tersebut disebabkan limitasi keupayaan mereka, kemudahan pelaksanaan dan kaedah penyampaian. Kajian ini bertujuan untuk meneroka keperluan membina modul kursus pembangunan keluarga yang bersifat mesra OKU melalui sorotan-sorotan kajian terdahulu berkaitan kepentingan penyertaan OKU dalam kursus tersebut sama ada di peringkat pra atau pasca perkahwinan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif melalui metod pengumpulan data perpustakaan dan analisis kandungan terhadap artikel-artikel berkaitan. Hasil kajian mendapati bahawa golongan OKU juga memerlukan pendedahan terhadap pengetahuan berkaitan perkahwinan, hak-hak berbangkit dalam perkahwinan, pengurusan konflik rumahtangga dan hukum-hukum fiqh berkaitan. Kajian ini diharapkan dapat memberi panduan kepada mana-mana pihak yang bertanggungjawab membangunkan modul kursus pembangunan keluarga mesra OKU supaya golongan tersebut mendapat pengetahuan yang sewajarnya melalui modul lebih sesuai dan komprehensif.
For a couple who decides to start a family, the practice in Malaysia is that they need to attend a pre-marriage course prior to tying the knot in order to equip themselves with knowledge about marriage and their rights and obligations. However, people with disabilities (PWD) are exempted from attending the course due to their limited ability and means on how the course are carried out. This study aims to explore the need to design a PWD-friendly module for the family development course by referring to the previous studies related to the the significance of PWD attending pre-marriage and post marriage course. This study is a qualitative research through library data collection and using content analysis method. The results of the study found that PWD also have to be exposed to the knowledge of marriage, the rights related to marriage, the management of domestic conflicts and the relevant Islamic jurisprudence. This study is expected to provide as a guideline to any institution who is responsible in developing a PWD-friendly module for the family development course with the aim that the group can gain adequate knowledge through a more proper and comprehensive module.
Downloads
References
Afiqah Mustapa et al. 2021. Faktor Pembubaran Perkahwinan di antara Pasangan OKU Pendengaran Di Mahkamah Syariah Negeri Melaka. Journal of Quran Sunnah Education and Special Needs. Vol 5, 51-60.
Aizan Sofia Amin et al. 2016. Peranan Keluarga dalam Kehidupan Kanak-Kanak Kurang Upaya Malaysia. Akademika 86(1), 21-30.
Azman Ab Rahman et al. 2018. Isu Fiqh Munakahat Golongan Orang Kurang Upaya: Satu Analisis Hukum. 4th Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference, 159-170.
Azman Ab Rahman et al. 2020. Munakahat Issues Among People With Hearing Disability.JQSS – Journal of Quran Sunnah Education and Special Needs. Vol. 4 (1), 1-10.
Azman Ab Rahman et al. 2021. Pandemik COVID-19: Cabaran Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Pendidikan Islam Dalam Pendidikan Khas Bagi Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) Masalah Pembelajaran Di Malaysia. Journal of Quran Sunnah Education and Special Needs. Vol 5, 127-138.
Hassan Hushin & Maznah Che Don. 2017. Pembinaan Modul Program Pembangunan Akademik Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. UTM. 1-5.
Hazlin Falina Rosli et al. 2016. Peranan Media Sebagai Alat Kesedaran Sosial Dalam Kalangan Orang Kurang Upaya Di Malaysia. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication. Jilid 32 (2), 471-488.
Izhar Ariff & Sharif Tahir. 2015. Modul Penentuan Hukum Makanan Ubah Suai Genetik (GMF) dan Kepentingannya di Malaysia. Jurnal Islamiyyat. Jilid 2, 133-145.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 2008. Memasuki Gerbang Perkahwinan. Edisi Kedua. Putrajaya.
Rafeah Saidon et al. 2016. Examining Weaknesses in the Governance of Premarital Course for Muslims in Malaysia. International Soft Science Conference. eISSN: 2357-1330, 355-361.
Mohamad Adib Mohamad Salih et al. 2017. Realiti Cabaran Pendakwah Terhadap Orang Kelainan Upaya Penglihatan. Conference International Insan. 1-9.
Mohd Nur Adzam et al. 2021. Emansipasi Ketidakupayaan Menurut Quran. Proceeding SWAT. 873-888.
Nadia Nozlan et al. 2021. Penerapan Prinsip Matlamat Pembangunan Mampan (Sdgs) Dalam Memenuhi Hak-Hak Orang Kurang Upaya (Oku) Menurut Perundangan Malaysia. Prosiding SAIS. 118-129.
Nizaita Omar et al. 2018. Penelitian Terhadap Pelaksanaan Kursus Pra Perkahwinan Islam Di Malaysia. Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018. eISBN 978-967-2231-03-5, 919-926.
Norsaadah Bt Din et al. 2019. Hubungan Sosial Masyarakat terhadap Orang Kurang Upaya di Malaysia. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah. Vol 6 Bil, 279-291.
Nurhayati Ghani et al. 2021. Kepentingan Tajuk Perancangan Harta dalam Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam di Malaysia. Jurnal Dunia Pengurusan Vol. 3, No. 2, 67-77.
Siti Muhibah Hj Nor & Zetty Nurzuliana Rashed. 2018. Peranan Dan Cabaran Guru-Guru Pendidikan Khas Membentuk Kemenjadian Murid-Murid Masalah Pendengaran Dalam Abad Ke 21. JQSS – Journal of Quran Sunnah Education and Special Needs Vol. 1 (1) June 2018, no ISSN 2590-3799, 1-8.
Siti Muhibah Hj Nor & Zetty Nurzuliana Rashed. 2020. Menyantuni Orang Kurang Upaya (OKU) di Masjid: Keperluan dan Cabaran Perlaksanaannya. JQSS – Journal of Quran Sunnah Education and Special Needs. Vol. 4 (1), 19-27.
Siti Patonah Mohamad. 2014. Pengajaran Dan Pembelajaran Al-Quran Bagi Golongan Kelainan Upaya Mental: Analisis Dari Sumber Tradisi Islam. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari. Bil. 8, 153-166.
Yusmini Md Yusoff & Azura Awang. 2019. Kepentingan Nilai-nilai Islam dalam Pembangunan Diri Orang Kelainan Upaya (OKU) Kategori Bermasalah Pembelajaran. Jurnal Usuluddin 47 (Khas). 105-118.
Zuliza Mohd Kusrin & Nur Syaidatul Akmar Binti Sha’ari. 2020. Pelaksanaan Kursus Pra- Perkahwinan Islam Untuk Golongan OKU Pendengaran di Malaysia. Journal Al-Irsyad. Vol. 5, No. 1, 285-292.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2022 Journal of Muwafaqat

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
