Prosedur dan Peraturan Permohonan Tauliah Penyembelihan Halal di Malaysia: Isu dan Cadangan Penambahbaikan
Procedures and Regulations for Halal Slaughtering Certification Applications in Malaysia: Issues and Recommendations for Improvement
Keywords:
Tauliah penyembelih, halal, prosedur sembelihan, JAKIM, Jabatan Agama Islam NegeriAbstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti prosedur dan peraturan permohonan tauliah penyembelih halal di Malaysia dengan memberi tumpuan kepada tiga negeri terpilih, iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen rasmi yang diperoleh daripada Jabatan Agama Islam negeri-negeri tersebut, termasuk borang permohonan, garis panduan, dan Standard Operating Procedure (SOP) yang berkaitan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa walaupun pelaksanaan tauliah penyembelih berpandukan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), terdapat ketidakseragaman antara negeri dari segi syarat kelayakan, kadar bayaran, tempoh sah laku, dan keperluan kursus. Ketidakseragaman ini berpotensi mewujudkan ketidakseimbangan dalam industri sembelihan halal antara negeri. Kajian turut mengenal pasti beberapa isu utama seperti ketiadaan keseragaman prosedur, kurangnya kesedaran pemilik syarikat terhadap tanggungjawab fardhu kifayah, serta keperluan peningkatan kompetensi akademik dan teknikal penyembelih. Oleh itu, kajian ini mencadangkan beberapa penambahbaikan, antaranya penyelarasan syarat permohonan di seluruh negeri, pelaksanaan kursus pra-tauliah untuk pemilik syarikat, penetapan kelayakan akademik minimum bagi penyembelih industri sederhana dan besar, serta pembangunan direktori digital pemegang tauliah bagi meningkatkan ketelusan dan kepercayaan awam. Secara keseluruhannya, sistem pentauliahan penyembelih halal di Malaysia masih mempunyai ruang penambahbaikan dan diperkukuh melalui kerjasama bersepadu antara JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri bagi memastikan standard halal yang konsisten, telus dan diyakini, selaras dengan kedudukan Malaysia sebagai hab halal global.
This study aims to identify the procedures and regulations for the application of halal slaughtering accreditation in Malaysia, focusing on three selected states, namely Selangor, Negeri Sembilan, and Penang. The study employs a qualitative approach through the analysis of official documents obtained from the respective State Islamic Religious Departments, including application forms, guidelines, and related Standard Operating Procedures (SOP). The findings reveal that although the accreditation process is generally guided by the Manual Procedure for Malaysian Halal Certification (Domestic)issued by JAKIM, there are inconsistencies among the states in terms of eligibility requirements, fees, validity periods, and training prerequisites. Such inconsistencies may lead to imbalances within the halal slaughtering industry across states. The study also identifies key issues, including the lack of standardisation in accreditation procedures, limited awareness among business owners regarding fard al-kifayah responsibilities, and the need to enhance the academic and technical competence of slaughterers. Hence, several recommendations are proposed: harmonising application requirements nationwide, introducing pre-accreditation courses for company owners, setting minimum academic qualifications for slaughterers in medium and large-scale industries, and developing a digital directory of accredited slaughterers to promote transparency and public confidence. Overall, the halal slaughterer accreditation system in Malaysia has a room of possible enhancement and strengthening through integrated cooperation between JAKIM and the State Islamic Religious Departments to ensure a consistent, transparent, and credible halal standard, reinforcing Malaysia’s position as a global halal hub.
Downloads
References
al-Quran al-Karim
al-Qardhawi. 2012. Al-Halal Wa al-Haram Fi al-Islam. Dar Kitab al-Misriyyah.
Abdullah, M. A., Zakaria, Z., Buang, A. H., & Ismail, S. Z. (2021). Pensijilan Halal Di Malaysia: Suatu Analisis Pensejarahan Dan Perkembangannya: Halal Certification in Malaysia: An Analysis of Its History and Development. Journal of Shariah Law Research, 6(2), 235-272.
Fakhri Sungit, Mohd Musa Sarip, Muhammad Subari Ramli, Mohd Fadhli Ab Rahman, Muhammad Alrazi Ahmad Nor Komar, Mohammed Rizki Moi, Muhammad Firdaus Muhammad Sabri. 2025. ANALISIS PROFIL PREMIS SEMBELIHAN HALAL DI NEGERI SELANGOR. Geran Penyelidikan MAIS 2024. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Ibrahim, et al. (2018). Kajian tentang pengurusan halal di Selangor.
JAIS (2022). Prosedur Operasi Standard (SOP) Tauliah Penyembelih.
JAKIM (2020). Manual Halal Management System.
JAKIM (2020). Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik).
JHEAINS (2016). Manual Prosedur Tauliah Penyembelih Negeri Sembilan.
JHEAIPP.(2024). Garis Panduan Pengeluaran Sijil Tauliah Penyembelih Dan Sijil Asas Sembelihan Negeri Pulau Pinang.
JPV. 2023. Perangkaan Ternakan Livestock Statistics 2022/2023. Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Malaysia.
Mohd Al’Ikhsan Ghazali & Siti Salwa Md. Sawari (2015). “Mengglobalisasikan Sistem Piawaian Standard Halal Malaysia di Peringkat Dunia,” Sains Humanika, vol. 53, 2289-6996.
MS1500: 2009. 2009. Halal Food - Production, Preparation, Handling and Storage - General Guidelines (Second Revision. Department of Standard Malaysia.
Razaly, M. M., & Zakaria, Z. (2018). PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN JAMINAN HALAL DI RUMAH-RUMAH SEMBELIHAN AYAM HALAL DAN ISU-ISU BERKAITAN: SATU SOROTAN LITERATUR: The Implementation of Halal Assurance Management System in Malaysia’s Certified Halal Slaughter Houses and Its Related Issues: A Literature Review. Journal of Shariah Law Research, 3(1), 105-124.
Ruslan Bin Said, Rusjdy Ali Muhammad & Ali Abubakar. (2023). Amalan Semasa Proses Penyembelihan Halal Di Rumah Sembelihan Ayam. Jurnal ILIM. Bil. 9. ISSN 1985-5842.
Sungit, F., & Ahmad, K. A. (2018). DILEMA PERBANKAN DAN KEWANGAN ISLAM: ANALISIS DIMENSI FIQH DAN MAQASID AL-SYARIAH: The Dilemma in Islamic Banking and Finance: Analysis From the Dimensions of Fiqh and Maqasid Al-Syariah. Journal of Muwafaqat, 1(1), 18-36.
Sungit, F., Mohd Deni, M. I., Abdullah, M., & Syahwahid, F. (2020). Concepts and practices of Halalan Tayyiban in the Islamic manufacturing practice (IMP): an analysis from Syariah perspective. ESTEEM Journal of Social Sciences and Humanities, 4, 214-229.
Zaharudin, W. M., Sungit, F., Azizan, N. I., & Mutalib, S. A. (2022). Parameter Halalan Tayyiban dari Perspektif Maqasid Al-Syariah dalam Produk Makanan Enzim: The Parameter of Halalan Tayyiban from Maqasid al-Syariah Perspective in Enzyme Food Products. Journal of Muwafaqat, 5(2), 16-32.
Zainalabidin, F.A., Hassan, F.M., Zin, N.S.M., Azmi, W.N.W. & Ismail, M.I. 2019. Halal System in Meat Industries. Malaysian Journal of Halal Research 2(1).
Website
https://jaipp.penang.gov.my/index.php/info-utama/bahagian/pengurusan-halal
https://jheains.ns.gov.my/index.php/mengenai-jheains/bahagian/pengurusan-halal
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Journal of Muwafaqat

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
