DARAR EMOSI TERHADAP ISTERI DALAM PERKAHWINAN MENURUT UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA
Emotional Darar Towards Wife in Marriage from Malaysian Law Perspective
Keywords:
Darar, Emosi, Mental, Penderaan, Undang-undangAbstract
Marriage is a worship act and also a demand of a human nature. Through marriage, each spouse can love each other, become more responsible and to have a better and perfect life. However, not all marriages bring peace and happiness to the husband and wife. There are also the wives who are dealing with the physical and emotional stress during the marriage. Emotional or mental stress is one of the darar or harm that contravenes the purpose of maqasid shariah; to preserve the sanity. Emotional darar can be happen to the wife through physical and mental abuse by the husband or third person. Hence, this article will explain the emotional darar that faced by the wife in the marriage. This article also discusses the proposed legal settlements in Malaysia in assisting the wife that involved in the above cases. The study uses a document analysis method by analyzing the legal provisions and the related law cases. This article summarizes that the laws in Malaysia; both civil and Islamic family law provide some protections to the wife that faces the emotional harm. However, the process to get a justice is not easy. It requires a strong burden of proof to show the existence of emotional darar (harm). This is because the emotional darar is not like a physical one which can be substantially evident through physical effects or medical reports. However, the wives still have a right to make a legal action in order to avoid the constant harm in their lives.
Abstrak
Perkahwinan adalah suatu ibadah yang menjadi tuntutan fitrah manusia. Melalui perkahwinan, setiap pasangan suami isteri dapat berkasih sayang dan mengatur kehidupan yang lebih baik, sempurna serta saling bertanggung jawab. Walau bagaimanapun, tidak semua perkahwinan memberi kebahagiaan dan ketenangan kepada suami isteri tersebut. Ada isteri yang berhadapan dengan tekanan fizikal dan emosi sepanjang perkahwinan. Tekanan emosi atau mental adalah salah satu darar atau mudarat yang bertentangan dengan tujuan maqasid syariah iaitu pemeliharaan akal. Darar emosi boleh berlaku kepada isteri melalui penganiayaan secara fizikal dan mental oleh suaminya atau orang ketiga di dalam rumah tangga. Justeru itu, artikel ini akan membincangkan mengenai darar dari aspek emosi yang dihadapi oleh isteri dalam perkahwinan. Penulis juga mengemukakan cadangan penyelesaian bagi darar tersebut menurut undang-undang di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen dengan membuat analisa terhadap peruntukan undang-undang dan kes-kes berkaitan. Artikel ini merumuskan bahawa undang-undang sivil mahupun undang-undang keluarga Islam di Malaysia memperuntukkan perlindungan dan penyelesaian dalam menangani darar emosi yang dihadapi oleh isteri. Walau bagaimanapun, prosesnya bukan mudah dan memerlukan kepada beban pembuktian yang kuat untuk menunjukkan kewujudan darar dari segi emosi ini. Ini kerana darar dalam bentuk emosi tidak seperti darar dalam bentuk fizikal yang dapat dibuktikan secara nyata seperti melalui kesan fizikal atau laporan perubatan. Namun, isteri yang berhadapan dengan masalah sedemikian tetap mempunyai hak untuk membuat tindakan dari segi undang-undang bagi mengelakkan mudarat yang berterusan dalam kehidupan mereka. Oleh itu, beberapa cadangan penyelesaian menurut undang-undang di Malaysia juga dikemukakan bagi membantu isteri yang berhadapan dengan darar emosi ini.
Downloads
References
Abu Naim Hj. Ikhsan. 2006. Kaedah-kaedah Fasakh di Mahkamah Syariah. Jurnal Hukum Jil 21(1). 1-18
Ahmad Harari dan Raihanah Azahari. 2014. Pengukuhan Institusi Keluarga Melalui Kawalan Terhadap Perceraian: Analisis Literatur. Jurnal Fiqh. No. 14. 175-194
Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984
Al-Syatibi. 1991. Al-Muwafaqat fi Usul al-Syariah. Beirut: Dar al-Fikr.
Daleleer Kaur Randawar & Sheela Jayabalan. The Definition of Domestic Violence in Malaysia: A Cross-National Comparison Akademika 88(3), September 2018:77-89
Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
Haliza A. Shukor et al. 2012. Krisis Rumah Tangga: Punca-punca Dan Cara Untuk Mengatasinya Menurut Perspektif Syariah Dan Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984. Kajian Syariah dan Undang-undang. Siri 4. Vol. 4. 68-85
Ibn Manzur. 1994. Lisan al-Arab. Beirut: Dar al-Fikr.
Jal Zabdi Mohd Yusoff. 2006. Jenayah Keganasan Rumah Tangga. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya.
Kamus Dewan. 2007. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khairul Azhar. 12 Februari 2018. Penderaan emosi malapetaka senyap. Utusan Online. http://www.utusan.com.my/rencana/utama/penderaan-emosi-malapetaka-senyap-1.607567.
Maizatul Akmam Binti Abdul Bakar. 2008. Keganasan RumahTangga: Corak, Punca dan Kaedah Penyelesaian. Johor. Penerbit UTM. Hlm 52
Mat Saad Abdul Rahman. 2006. Fasakh. Abdul Monir Yaacob dan Siti Shamsiah Md.Supi (peny.). Manual Undang-undang Keluarga Islam. Kuala Lumpur: IKIM
Mohamed Sharif Mustaffa. 2003. Analisis Keperluan Kaunseling Terhadap Masalah Perceraian, Kajian Kes Kualitatif di Jabatan Agama Islam Johor. Seminar Kebangsaan Kaunseling (pp. 1,12-13). Kedah: Universiti Utara Malaysia (UUM).
Mohd Taib Arifin. 2006. Komunikasi Perkahwinan: Satu Kajian Persepsi di Kalangan Penduduk Jitra, Kedah. Abdul Rahim Abdul Rashid et al. (ed). Krisis dan Konflik Institusi Keluarga. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors sdn. Bhd.
Najibah Mohd Zin. 2007. Perceraian dalam Undang-undang Keluarga Islam. Najibah Mohd Zin (et al.). Unddang-undang Keluarga (Islam). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Nur Zulfah Abd. Salam, Zaini Yusnita Mat Jusoh, Hammad Mohd Dahlan, , Azizah Mohd Rapini, Zanariah Dimon. 2018. Peranan dan Pelaksanaan Unit Rundingcara Kekeluargaan: Kajian di JAIS. E-Prosiding Seminar Antarabangsa IRSYAD. Bangi: Fakulti Pengajian dan Peradaban Islam
Portal MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia, 30 Januari 2019. Krisis Perkahwinan. http://www.myhealth.gov.my/krisis-perkahwinan.
Raihanah Abdullah. 1997. Alasan Membubarkan Perkahwinan Melalui Fasakh. Jurnal Syariah. 5(1) 1997. 1-16 Islam Daerah Petaling, Selangor. Jurnal Syariah, 116-117,119-121, 123-12
Raihanah Azahari. 2007. Permasalahan Rumahtangga : Kajian di Unit Undang-Undang Keluarga Jabatan Agama 4, 126,128.
Rodly Fadly. 17 Ogos 2016. Penderaan emosi lebih bahaya. https://www.hmetro.com.my/node/159761. Diakses pada 2 April 2019
Roos Niza Mohd Shariff. 16 Ogos 2018. Keganasan Rumahtangga: Dapatkan Bantuan Sebelum Nayawa Jadi Taruhan. Utusan Online. http://www.utusan.com.my/rencana/utama/keganasan-rumah-tangga-dapatkan-bantuan-sebelum-nyawa-jadi-taruhan-1.730556 Diakses pada 29 Januari 2019
Salleh Ismail. 2003. Pembubaran Perkahwinan Mengikut Fiqh dan Undang-undang Keluarga Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Siti Shamsiah Md Supi. 2015. Tekanan Mental dalam Fasakh: Tinjauan Terhadap Amalan dan Prosedur di Malaysia. Kuala Lumpur. UKMsyariah.org. 3 Okt. 2018
Siti Shamsiah Mohd Supi. 2013. Fasakh Melalui Tekanan Mental. Utusan Online. http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131115/re_07/Fasakh-melalui-tekanan-mental. Diakses pada 15 November 2018
Utusan Malaysia. 2014. Jenayah Aniaya Isteri. http://utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20140226/ba_01/Jenayah-aniaya-isteri Diakses pada 29 Januari 2019.
Zaini Yusnita Mat Jusoh dan Zanariah Dimon. 2014. Undang-undang Menangani Orang Ketiga Dalam Rumah Tangga: Satu Sorotan dalam Undang-undang Jenayah Syariah Negeri Selangor dan Undang-undang Keluaga Sivil. eProsiding International Research Management and Innovation Conference 2014.
Zanariah Dimon et al. 2018. Faktor-Faktor Konflik Rumah Tangga: Kajian Di Unit Runding Cara Jabatan Agama Islam Selangor. eProsiding IRSYAD 2018

