Aplikasi Kaedah Fiqh Dalam Alasan Penghakiman Kes Tuntutan Nafkah Anak Di Mahkamah Syariah: Satu Analisis
Application of Legal Maxims In The Ground of Judgement for Child Maintenance Claims in Shariah Court: An Analysis
DOI:
https://doi.org/10.53840/muwafaqat.v9i1.189Keywords:
Kaedah Fiqh, Nafkah Anak, Alasan Penghakiman, Mahkamah SyariahAbstract
Kes nafkah anak biasanya akan timbul apabila berlaku pembubaran perkahwinan antara ibu bapa kepada anak yang terlibat. Walaupun nafkah kepada anak itu merupakan kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh bapa, tetapi keputusan atau perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah perlulah adil dan seimbang antara hak di pihak yang menuntut (plaintif) dengan kemampuan di pihak yang kena tuntut (defendan). Keadilan dan keseimbangan inilah yang akan terlihat dalam alasan penghakiman sebagai hasil penyiasatan dan penelitian hakim yang membicarakan kes-kes nafkah yang dibawakan kepada mereka. Kajian ini merupakan kajian kualitatif melalui analisis terhadap kandungan alasan penghakiman kes-kes nafkah anak di mahkamah syariah yang bertujuan untuk mengenal pasti kaedah-kaedah fiqh yang dijadikan rujukan hakim untuk menghasilkan keputusan yang memenuhi matlamat keadilan. Hasil kajian merumuskan bahawa hakim akan merujuk kepada hukum syarak melalui dalil-dalil al-Qur’an dan hadis sebagai sumber utama dalam menyediakan alasan penghakiman. Kaedah fiqh pula diguna pakai untuk menguatkan lagi sumber utama yang digunakan. Kajian ini menyarankan penggunaan kaedah fiqh secara optimum sebagai sumber tambahan penyediaan alasan penghakiman bagi memenuhi matlamat keadilan terutama kepada pihak yang sepatutnya menerima nafkah yang wajib daripada waris yang wajib.
Child maintenance cases usually arise following the dissolution of a marriage between the parents of the child involved. Although the responsibility of providing maintenance for the child lies with the father, any decision or order issued by the court must be fair and balanced between the rights of the claimant (plaintiff) and the ability of the person being claimed against (defendant). This sense of justice and balance is reflected in the grounds of judgment, which are the result of investigation and analysis by the judge presiding over the maintenance cases brought before them. This study is a qualitative research that analyzes the content of the grounds of judgment in child maintenance cases in the Shariah court, aiming to identify the Islamic legal maxims used by judges as references in making decisions that fulfill the objective of justice. The findings of the study conclude that judges refer to Islamic law through the primary sources of the Qur'an and Hadith when preparing the grounds of judgment. Islamic legal maxims are then applied to further support these primary sources. This study recommends the optimal use of the maxims as a supplementary source in drafting the grounds of judgment, in order to fulfill the objective of justice, especially for those who are rightfully entitled to receive obligatory maintenance from their responsible guardian."
Downloads
References
Ahmad Ibrahim. (1997). Pentabiran Undang-undang Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.
Ahmad, H. H. (1998). Usul Fiqh & Qawa'id Fiqhiyyah. Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid.
Al-Burnu, S. M. (1421H). Mausu'ah al-Qawaid al-Fiqhiyyah. Jil. 1, bhg. 1. Riyad: Maktabah al-Taubah.
Al-Burnu, S. M. (t.th.). Mausu'ah al-Qawaid al-Fiqhiyyah. Bhg. 8. Beirut: Muassasah al-Risalah.
Al-Burnu, S. M. (1421H). Mausu'ah al-Qawaid al-Fiqhiyyah. Jil. 2, bhg. 1. Riyad: Maktabah al-Taubah.
Al-Burnu, S. M. (2003). Mausu'ah al-Qawaid al-Fiqhiyyah. Jil. 9, bhg. 11. Riyad: Maktabah al-Taubah.
Al-Jarumi, Amin. (2021). Kaedah-kaedah Fiqh dan Aplikasinya dalam Dakwaan Syarie. Kedah: Kulliyyah Syariah dan Undang-undang UNISHAMS.
Al-Zarqa', M. (t.th). Al-Madhkal ila Nazariyyah al-Iltizam fi al-Fiqh. Damsyik: Dar al-Qalam.
Al-Zuhayli, Wahbah. (2001). Fiqh & Perundangan Islam (terj. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azizah Mohd Rapini. (2015). Aplikasi Kaedah Fiqh Berkaitan Beban Pembuktian: Tinjauan Ringkas Terhadap Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah dan Undang-undang Keluarga Islam. Jurnal Hukum. 41(1) 1-15.
Hedaya, M. (1975). Supply of the necessaries of life for a person. In A Commentary on the Mussulman Laws. Lahore: Premier Book House.
Maria Jilani. (2024). Kaedah Fiqah dalam Kes Nafkah Isteri dan Anak. Bengkel Amalan Kehakiman: Kaedah Fiqah dalam Alasan Penghakiman Mahkamah Syariah. Anjuran secara kerjasama antara Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak (JKSPk), di Hotel Travelodge, Ipoh pada 30 April 2024.
Mahmassani, S. R. (2000). Falsafah ak-Tashri' fi al-Islam. Kuala Lumpur: The Open Press.
Mujieb, M. T. (1994). Kamus Istilah Fiqh. Jakarta: Pustaka Firdaus.
Mahmud Saedon A.Othman (1991). Undang-undang Keterangan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Hazwan Ismail. (2023). Perubahan Perintah Nafkah Anak Mengikut Kepada Keperluan Semasa: Kajian di Negeri-Negeri Zon Utara. International Journal for Studies on Children, Women, Elderly and Disabled. 18 (January).29-37.
Siti Fatimah Salleh et al. (2017). Aplikasi Doktrin al-Qawaid Fiqhiyyah dalam Menganalisis Isu Kontemporari. International Seminar on Islamic Jurisprudence in Contemporary Society [ISLAC] (pp. 745-753). Terengganu: UNISZA.
The Majelle. (2001).Kuala Lumpur: The Other Press.
Zanariah Dimon & Zainiyusnita Mat Jusoh. (2024). Pengubahan Perintah Nafkah Anak Berdasarkan Kos Sara Hidup Daripada Perspektif Undang-Undang di Malaysia. Journal of Muwafaqat. 7(2). 86-99.
Senarai Statut
Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303].
Akta Keterangan Mahkamah Syariah Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 561].
Senarai Kes
Marhanita binti Tajuddin lwn Muhammad Akmal bin Abdul Halim. Kes Mal Bil.: 10027-024-00322021. Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat di Negeri Selangor.
NMD lwn SNAB. Kes Saman No.: 10002-024-01662019. Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam di Negeri Selangor.
Nuriha binti Kamaruddin lwn Nashrol Ariff bin Hussain. Kes Saman No.: 10400-024-0084-2013. Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam di Negeri Selangor.
Siti Nur Hajar binti Che Ros lwn Mohd Hairil bin Mawi. Kes Saman No.: 14400-024-0044-2019. Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur.
SM lwn MNIA. Kes Mal Bil.: 10011-024-04112019. Mahkamah Rendah Syariah Sabak Bernam di Negeri Selangor.
SMI lwn HH. Kes Saman No.: 10001-024-1722017. Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Negeri Selangor.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Journal of Muwafaqat

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
