METODOLOGI TA'LIL AHKAM DARIPADA IBNU QUDAMAH: ANALISIS KITAB AL-MUGHNI
The Methodology of Ta’lil Ahkam by Ibnu Qudamah: Analysis on Al-Mughni
Keywords:
Ta'lil Ahkam, Maqasid Syariah, Ibnu Qudamah, Kitab al-MughniAbstract
The author of this book is one of the scholars in Hambali school of law in the seventh century. Despite of Hambali's predecessors, Ibn Qudamah was not really attached to Hambali’s thought, but rather made ijtihad independently based on the principle of maqasid arguments. The study in the field of Maqasid Syariah through the writing of fiqh provides information on the practice of the ulama’ towards the fundamental theories of their fiqh principles. As Ta'lil Ahkam is an important element to be considered in each ijtihad, this study is aimed at exposing Ibn Qudamah's method in performing Ta'lil Ahkam. This study employes a descriptive method where data analysis is applied in analyzing Ahkam Ta'lil which is found in the al-Mughni book of Ibn Qudamah. Obviously, Ta'lil Ahkam in this book is the main subject of analysis. This study found that Ibn Qudamah always tried to deduce ta'lil in accordance with the rules that were stated in the texts. In addition, he accepted, supported, added, criticized and even rejected former ta'lil that had been developed by the mujtahid through ijtihad. He often brings Ta'lil Ahkam through his own ijtihad. This study indicates the important roles of Ta'lil Ahkam in ijtihad especially in matters involving current issues.
Abstrak
Pengarang kitab ini merupakan salah seorang ulama bermazhab Hanbali pada kurun ketujuh hijrah. Walaupun bermazhab Hanbali, Ibnu Qudamah tidak terlalu terikat dengan mazhabnya, bahkan beliau melakukan ijtihad secara bebas dengan bersandarkan kepada hujah-hujah yang bersifat maqasidi. Kajian dalam bidang Maqasid Syariah melalui hasil penulisan fiqah memberikan maklumat tentang praktis ulama terhadap asas yang dibincangkan dalam teori-teori usul fiqah mereka. Disebabkan Ta’lil Ahkam adalah satu unsur penting yang perlu diberi perhatian dalam setiap ijtihad, maka kajian ini bertujuan untuk mendedahkan metode Ibnu Qudamah dalam melakukan Ta’lil Ahkam. Kajian ini menggunakan metode deskriptif di mana metode analisis data digunakan terhadap Ta’lil Ahkam yang terdapat di dalam Kitab al-Mughni karangan Ibnu Qudamah. Aspek Ta’lil Ahkam yang ada di dalam kitab ini menjadi subjek analisis. Kajian ini mendapati bahawa Ibnu Qudamah sentiasa cuba menyatakan ta’lil yang seiring dengan hukum yang telah dinyatakan oleh nas. Di samping itu, beliau menerima, menyokong, menambah, mengkritik, bahkan menolak banyak ta’lil yang dinyatakan oleh ulama melalui ijtihad. Beliau sering mendatangkan Ta’lil Ahkam melalui ijtihad beliau sendiri. Kajian ini memperlihatkan peranan penting Ta’lil Ahkam dalam ijtihad khususnya dalam perkara yang melibatkan isu-isu semasa.
Downloads
References
Ibn Rajb, Abd. Rahman bin Ahmad (2005). Zail al-Tabaqat al-Hanabilah, Makkah: Maktabah Um al-Qura.
Al-Zahabi, Muhammad bin Ahmad (1996), Siar A’lam al-Nubala’.Beirut: Muassasah al-Risalah.
Ibn Abi Ya’la, Muhammad bin Muhammad (1932). Tabaqat al-Hanabilah. Dimasyq: Maktabah al-Arabiah
Ibn kathir, Ismail bin Umar (1990). Al-Bidayah wa al-Nihayah. Beirut: Dar al-Ma’arif.
Umar Ridha Kahalah (1985). Al-Mustadrak ‘ala Mu’jam al-Muallafin. Beirut: Muassasah al-Risalah.
Ibn Athir, Ali bin al-Karam (1987). Al-Kamil fi al-Tarikh. Beirut: Dar al-Kutb al-Alamiah.
Ibn Qudamah, Abdullah bin Ahmad (1997). Al-Mughni. Kaherah: Dar al-Kutub al-Al-Ilmiyyah.

