Amalan Semasa Pelaksanaan dan Penguatkuasaan Hukuman Alternatif Pemulihan Menurut Undang-Undang Syariah di Malaysia
Current Practice of Implementation and Enforcement of Alternative Sentences on Rehabilitation According to Shariah Law in Malaysia
DOI:
https://doi.org/10.53840/muwafaqat.v5i2.127Keywords:
hukuman alternatif, pemulihan,pesalah syariah, amalan, penguatkuasaanAbstract
Hukuman sedia ada di Mahkamah Syariah pada hari ini adalah tertakluk kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 pin. 1984 yang jelas memperuntukkan hukuman maksima tiga tahun penjara, RM5000.00 denda dan enam kali sebatan atau mana-mana kombinasi hukuman tersebut. Walau bagaimanapun, amalan penghukuman tersebut hampir mencapai empat dekad pelaksanaannya. Kesalahan jenayah syariah khususnya yang melibatkan kesusilaan pada hari ini dilihat semakin memuncak seiring dengan arus permodenan teknologi yang semakin meluas. Ekoran daripada itu, hukuman yang diperuntukkan hampir empat dekad ini dilihat semakin kurang relevan dan sebagai langkah mengurangkan kadar jenayah syariah, keperluan untuk melaksanakan satu bentuk hukuman gantian iaitu hukuman alternatif pemulihan adalah penting untuk dikuatkuasakan secara menyeluruh. Kertas ini adalah untuk menjelaskan amalan semasa pelaksanaan hukuman alternatif pemulihan kepada pesalah syariah di empat negeri yang telah dipilih. Metodologi yang digunakan adalah kajian kualitatif dengan mengaplikasikan instrumen kajian perpustakaan dengan merujuk kepada bahan-bahan bacaan dan kajian-kajian lepas. Manakala bagi tujuan pengumpulan data dan maklumat, kaedah temu bual telah diaplikasikan. Kajian ini juga telah menggunakan analisis secara induktif. Justeru itu, hasil kajian akan membincangkan dan menghuraikan bagaimanakah tahap pelaksanaan dan penguatkuasaan hukuman alternatif pemulihan menurut undang-undang syariah di Malaysia pada masa kini yang meliputi empat negeri yang dipilih oleh pengkaji iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Johor.
Basically, the Syariah sentences in syariah courts are subject to the Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act 1965 (Amendment) 1984 which provide a maximum penalty of three years imprisonment, fines up to RM5000 and whipping up to six lashes or a combination. However, the execution of the sentence is already practicing for almost four decades. Due to modernization, moral offences are significantly increasing and the current implementation of the penalty are irrelevant as a measure to reduce the moral offences. Thus, there is a need to implement an alternative sentence for rehabilitation. This paper aims to explainand discuss the current practice and enforcement of an alternative sentences to syariah offender in Selangor, Pulau Pinang, Kelantan and Johor. The methodology is using a qualitative research which include library based research on the past studies. While for the purpose of collecting data and information, an interview hasbeen conducted. This studies also applied an inductive method for the analysis.Hence, the result of the studies discuss and elaborate the current practice and enforcement of alternative sentences for rehabilitation to syariah offender according to syariah law in Malaysia particularly on four selected states which are Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Johor.
Downloads
References
Al-Quran Al-Kareem
Ahmad Fathi Bahnasi, 1989, al-uqubah fi al-Fiqh al-Islam, Beirut, Dar al-Syuruq
Abdul Qadir ‘Audah, 1993, Al-Tasyri’ al-Jina’I, al-Islami, Juz 1, Cairo: Maktabah Dar Al-Thurath.
Adibah Bahori, Prof. Madya Dr. Siti Zubaidah Ismail, Nik Khazarita Nik Md Khalib, 2017, Keperluan Hukuman Alternatif Terhadap Penyelesaian Krisis Akhlak Di Malaysia: Analisis Pendekatan Undang-undang Syariah, Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan (INSAN 2017), Nov 2017, 1-10
Arifah Rahimah Ismail, 2014, Perintah Khidmat Masyarakat Sebagai Hukuman Alternatif di Mahkamah Syariah, Jurnal Kanun Undang-undang Malaysia, 26, 192-219.
Arifah Rahimah Ismail & Mohd Al-Adib Samuri, 2014, Perintah Khidmat Masyarakat Menurut Kerangka Syariah, International Journal of Islamic Thought, Vol 6 (Dis),1-11
Azizah Mat Rashid, Mohd Azhan Yahya, Adibah Bahori, Suhaizad Saifuddin & Mohammad Yuszairi Mohamad Zam Zam, 2021, Santuni Alam Sekitar: Ke Arah Pemerkasaan Pelaksanaan Hukuman Alternatif, International Conference on Syariah & Law 2021 (ICONSYAL 2021)- Online conference, April 2021, 575-583.
Azizah Mohd Rapini & Ruzman Mohd Noor, 2017, Prinsip Keadilan Dalam Sistem Kehakiman Islam: Tumpuan Khusus Terhadap Konsep Syahadah, Journal of Fatwa Management and Research, vol. 9, USIM
Hasnizam Hashim & Jasri Jamal, 2017, Pelaksanaan Hukuman Alternatif di Mahkamah Syariah: Keperluan Kepada Pemantapan Peruntukan Perundangan Islam dalam Akta/Enakmen Syariah Negeri-negeri. UKM, 1-15
Hasnizam Hashim, Hendun Abd. Rahman Shah, Ahmad Syukran Baharuddin, Mualimin Mochammad Sahid & Syaryanti Hussin, 2021, Program Pemulihan Luar Penjara bagi Pesalah Jenayah Syariah: Kajian di Jabatan Penjara Malaysia, Islamiyyat 43 (Isu Khas) 2021, 143-151
Jasri Jamal & Hasnizam Hashim, 2014, Transformarsi Mahkamah Syariah di Malaysia: Keperluan Kajian Semula Terhadap Bentuk Hukuman bagi Kes-kes Jenayah Syariah, ‘Ulum Islamiyyah Journal, Vol. 12, (June 2014), 87-103
Jasri Jamal & Hasnizam Hashim, 2016, Hukuman Alternatif di Mahkamah Syariah: Keperluan Penambahbaikan Peruntukan Perundangan Syariah Negeri-negeri, Malaysian Journal of Syariah and Law (MJSL), Vol. 4, 1-16
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Edisi Keempat
Mohd Afizul Hakim Ibakarim, 2017, Disertasi Sarjana: Hukuman Pemulihan dan Pelaksanaannya dalam Perundangan Islam di Negeri Johor, Johor, UTM
Nur Zulfah Md Abdul Salam, Norazla Abdul Wahab & Hammad Mohamad Dahalan, 2021, Mitigasi Di Mahkamah Syariah: Penghakiman Berasaskan Keadilan Restoratif dan Rehabilitasi, Journal of Fatwa Management and Research, (SE2021), Vol 26. No. 2, 227-240
Nurul Husna Mansor, Khairul Hamimah, Raihanah Abdullah & Fakhrul Adabi Abdul Kadir, 2017, Pemulihan Akhlak di Pusat Perlindungan Wanita: Kajian di Baitul Ehsan dan Dar Assaadah, Jurnal Hadhari 9(2) (2017), 261-274
Nurhidayah Azahari & Zanariah Dimon, 2021, Pelaksanaan Hukuman Alternatif Bagi Pesalah Muda dan Wanita Menurut Undang-undang Islam di Malaysia, International Conference on Syariah & Law 2021 (ICONSYAL 2021)-Online Conference, April 2021, KUIS, 44-56
Shamrahayu A. Aziz, 2020, Pengukuhan Bidang Kuasa Mahkamah Melalui Pindaan Akta 355: Antara Harapan dan Realiti, di dalam Mahkamah Syariah di Malaysia: Menelurusi Cabaran Melestari Hadapan, UITM, 31-48
Siti Aisyah Samudin, 2022, Ulasan Buku: Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah di Malaysia, Journal of Syariah Law Research (ShLR),147-160
Siti Zubaidah Ismail, 2011, Hukuman Alternatif dari Perspektif Undang-undang Syariah, Shariah Law Reports, [2011 ShLR]
Wan Abdul Fattah Wan Ismail, Lukman Abdul Mutalib, Nik Salida Suhaila Nik Salleh, Ahmad Syukran Baharuddin, Zulfaqar Mamat, Syh Noorul Madihah Syed Husin, Mohamad Aniq Aiman Alias & Nurul Syazwani Abdullah Kahar, 2022, Permasalahan Keruntuhan Akhlak Dalam Kalangan Remaja Muslim di Malaysia: Isu, Cabaran dan Cadangan Penyelesaian, Al-Qanathir International Journal of Islamic Studies, Vol. 26, No. 2, 47-61.
Zurul Iman Zakaria & Zaini Nasohah, 2019, Cabaran Pelaksanaan Penguatkuasaan Undang-undang Jenayah Syariah di Negeri Melaka, Malaysian Journal of Syariah and Law 7(2) , 13-26
Temubual
Informan 1, 14 September 2021, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS)
Informan 2, 9 Februari 2022, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP)
Informan 3, 16 Februari 2022, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan (JKSNK)
Informan 4, 30 Mac 2022, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor (JKSNJ)
Statut
Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa jenayah) 1965 pindaan 1984
Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Pulau Pinang) 1996
Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) (Kelantan) 2019
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Johor) 1997
Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003
Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang 2004
Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Kelantan) 2002
Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Johor) 2003
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2022 Journal of Muwafaqat

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
