Penerokaan Kaedah Fiqh dalam Perbahasan Fiqh Darah Haid: Kajian Terhadap Buku al-Ibanah wa al-Ifadhah fi Ahkam al-Haid wa al-Nifas wa al-Istihadhah ‘Ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i

Islamic Legal Maxim Exploration in Fiqh Debate for Menstrual Blood: A Study of the Scripture al-Ibanah wa al-Ifadhah fi Ahkam al-Haid wa al-Nifas wa al-Istihadhah ‘Ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i

Authors

DOI:

https://doi.org/10.53840/muwafaqat.v5i1.108

Keywords:

Darah Haid, Fiqh, Kaedah Fiqh, Mazhab Syafi'i, al-Saqqaf

Abstract

Perbahasan fiqh darah haid adalah di antara bab yang sukar untuk difahami dan sering berlaku kekeliruan kerana perbahasannya yang halus. Buku al-Ibanah wa al-Ifadhah fi Ahkam al-Haid wal al-Nifas wa al-Istihadhah ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i karangan ‘Abdul Rahman al-Saqqaf adalah salah satu buku kontemporari yang sering dijadikan rujukan dalam perbahasan hukum fiqh darah wanita menurut mazhab Syafii. Oleh kerana ia sering dijadikan rujukan terutamanya oleh penuntut ilmu, maka menjadi satu kepentingan untuk merumuskan perbahasan hukumnya dalam bentuk kaedah fiqh agar mudah difahami dan diaplikasikan sekiranya terdapat isu yang sama. Justeru, artikel ini bertujuan menerokai kaedah fiqh yang digunapakai dalam perbahasan fiqh darah haid. Kajian ini sepenuhnya berasaskan kepada reka bentuk kualitatif. Kaedah pengumpulan datanya pula bersandarkan kepada kaedah analisis dokumen menerusi pembacaan terhadap karya al-Saqqaf. Pemilihan karya tersebut adalah berdasarkan kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling). Maklumat yang diperoleh seterusnya dianalisis melalui pendekatan analisis tematik (thematic analysis) dengan menjuruskan kepada kaedah-kaedah fiqh. Meskipun al-Saqqaf tidak menyatakan kaedah fiqh yang digunakan dalam perbincangan beliau, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat sepuluh kaedah fiqh yang dikenalpasti  sesuai dengan perbincangan hukum fiqh darah haid menurut mazhab Syafii. Hal ini membuktikan bahawa perbahasan hukum fiqh menurut mazhab Syafii adalah hasil ijtihad para ilmuan mazhab Syafii berdasarkan kaedah fiqh. Selain itu, dengan mengetahui kaedah fiqh disebalik sesuatu hukum, para pengikut mazhab Syafii akan lebih mudah memahami hukum yang dinyatakan dan mereka juga akan lebih menghargai nilai hukum tersebut. Kajian ini mencadangkan agar usaha penerokaan kaedah fiqh ini boleh diteruskan dalam perbahasan fiqh darah nifas dan istihadhah pula.

 Fiqh debates on blood during menstruation period is one amongst many difficult topic to understand and often invites confusion within its subtle discussion. The scripture al-Ibanah Wa al-Ifadhah Fi Ahkam Al-Haid Wal Nifas Wal Istihadhah ‘Ala Mazhab Al-Imam Al-Syafi’i written by ‘Abdul Rahman al-Saqqaf is one of the contemporary books that is used as reference on the fiqh law debate under mazhab Syafii. As one of the important reference often used by the public, it is vital to explore the Islamic legal maxim behind the fiqh law deliberation within the scripture. Hence, the main objective of this study is to explore the different Islamic legal maxim used by fuqaha mazhab Syafii in discussing menstrual blood fiqh. The study uses qualitative research. Data is collected from document analysis through book reading of the scripture by al-Saqqaf. This scripture is chosen by purposive sampling and all information and data collected are arranged and analysed using thematic analysis for all the different Islamic legal maxim selected. The study showed ten (10) different Islamic legal maxim used behind the deliberation of menstrual blood under mazhab Syafii eventhough it is not directly mentioned within the book. This proved that the fiqh law deliberations under mazhab Syafii are the result of ijtihad by fuqaha of mazhab Syafii on the different Islamic legal maxim. Besides that, through fiqh understanding, it will be easier for the public to understand and follow which will allow mazhab Syafii followers to appreciate the given fiqh law value. This study suggest further exploration on fiqh on the subject of nifas and istihadah, branches related to menstruation.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

  • 'Ainul Mardhiah, Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak

    Pensyarah Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam dan Kemanusiaan, USAS

  • Norhijjah, Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak

    Pensyarah Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam dan Kemanusian, USAS

  • Zul-kifli Hussin, Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak

    Pensyarah Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam dan Kemanusiaan, USAS

References

Al-Quran al-Karim

Ab. Latif Muda&Rosmawati Ali. 2000. Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh. Ilham Abati Enterprise.

Abdullah Qari Salleh. 1988. Kedudukan Niat dan Ikhlas dalam Islam. Kelantan: Pustaka Asa

Al-Bukhari. 1442. Sohih Bukhari. Dar Touq al-Najah.

Al-Burnu, Muhammad 1997. Al-Wajiz Fi Idohi Qowaid al-Fiqhiyyah al-Kulliyyah. Beirut: Muassatu al-Risalah.

Al-Da’as, Izzat. 1989. Al-Qawaid al-Fiqhiyyah Ma’a Al-Sharh al-Mujaz. Beirut: Dar Al-Tirmizi

Al-Dawsari. 2007. Al-Mumti’ Fi al-Qawaid- al-Fiqhiyyah. Saudi: Dar Zidni.

Al-Jazairi, Abd al-Majid. n.d. Al-Qawaid al-Fiqhiyyah al-Mustakhrajah Min Kitab I’lam al-Muwaqqi’in. Riyadh: Dar Ibn al-Qayyim.

Al-Kaf, Hasan Ahmad. 2003. Al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah. Dar al-Mirath al-Nabawiyyah.

Al-Hamawi, Ahmad bin Muhammad. 1985. Ghamz ‘Uyun al-Basa’ir fi Syarh Kitab al-Asybah wa Al-Naza’ir. Jil 1. Beirut. Dar al-Kutub al-Ilmiah.

Al-Nadwi, ‘Ali Ahmad. 1994. Al-Qawa’id al-Fiqhiyyah. Damsyiq: Dar al-Qalam.

Al-Nawawi. 1989. Hadith 40 (Terjemahan dan Syarahnya) (Mustafa, A.R, Terj.). Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar.

Al-Nawawi, Yahya bin Syaraf. 2010. Syarh Sahih Muslim. Maktabah al-Madinah al-Munawwarah.

Al-Qaradawi, Yusuf. 2015. Ikhlas dan tawakal: Ilmu Suluk Menurut al-Qur’an dan as-Sunnah. Indonesia: Instanbul Press.

Al-Ruki, Muhammad. 1998. Qawaid al-Fiqh al-Islami. Damsyik: Dar al-Qalam

Al-Saqqaf, Abdul Rahman. 2021. Al-Ibanah Wa al-Ifadhah fi Ahkam al-Haid wal Nifas wal Istihadhoh ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i. Mataz Publisher and Distributors.

Al-Suyuti. 1996. Al-Dibaj ala sohih muslim ibn al-Hajaj. Saudi: Dar Ibn Affan.

Al-Tobari. 2000. Jami’ al-Bayan fi takwil al-Quran. Beirut: Muassah al-Risalah.

Al-Zarqa’, Mustafa Ahmad. 1989. Sharh al-Qawa`id al-Fiqhiyyah. Damaskus: Dar al-Qalam

Al-Zuhayli, Muhammad. 2006. Al-Qawa’id al-Fiqhiyyah wa Tatbiqatuha fi al-Mazahib al-Arba’ah. Damsyiq: Dar al-Fikr.

Al-Zuhayli, Wahbah. 2009. Al-Tafsir al-Munir fi al-Aqidah wa al-Syariah wa al-Manhaj. Damsyik: Dar al-Fikr.

Ibn Paris. 1979. Mu’jam maqoyis al-Lughah. Dar al-Fikr.

Mohd Hanapiah Hussin. 2018. Fiqh Darah Haid, Nifas & Istihadhah. Ikon Syabab Resources.

Muhammad Hanif. 2021. Kompas Hidup Bersyariat 300 Aplikasi kaedah Fiqh Dalam Kehidupan. Selangor: Publishing House.

Muhammad Ramadhan. 2014. Ikhlas kerana Allah SWT semata-mata menjaga amal kebaikan agar tidak musnah. Dayang Nor Azizah Azmi (terj.). Kuala Lumpur: Sinergi Media.

Muslim al-Hajjaj al-Naysaburi. 2006. Sahih Muslim. Dar Tayyibah.

Sadlan, Salih Ghanim. 1417H. Al-Qawaid al-Kulliyah al-Kubra Wa Ma Tafarra’ ‘Anha. Al-Riyadh: Dar Balansiah.

Published

2022-04-30

How to Cite

Penerokaan Kaedah Fiqh dalam Perbahasan Fiqh Darah Haid: Kajian Terhadap Buku al-Ibanah wa al-Ifadhah fi Ahkam al-Haid wa al-Nifas wa al-Istihadhah ‘Ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i : Islamic Legal Maxim Exploration in Fiqh Debate for Menstrual Blood: A Study of the Scripture al-Ibanah wa al-Ifadhah fi Ahkam al-Haid wa al-Nifas wa al-Istihadhah ‘Ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i . (2022). Journal of Muwafaqat, 5(1), 71-87. https://doi.org/10.53840/muwafaqat.v5i1.108

Similar Articles

11-20 of 125

You may also start an advanced similarity search for this article.