Pelaksanaan Prosedur Rayuan Mal Di Mahkamah Syariah Di Malaysia

Implementation of Civil Appeal Procedures in the Syariah Courts in Malaysia

Authors

  • Mohd Afizul Hakim Ibakarim Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor
  • Syaiful Fadzli Mohd Fozi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia
  • Mohd Fairuz Abd Aziz Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia
  • Syazwan Mohd Yusof Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.53840/muwafaqat.v9i1.226

Keywords:

Rayuan, Pelaksanaan, Prosedur, Tatacara, Undang-Undang, Mahkamah Syariah

Abstract

Pelaksanaan prosedur rayuan di mahkamah syariah merupakan satu bentuk proses untuk mengemukakan rayuan. Pelaksanaannya sesuai dilaksanakan terhadap pihak yang terkilan dengan keputusan mahkamah. Walau bagaimanapun, ketidakfahaman pengamal undang-undang syariah atau masyarakat Islam dalam melaksanakan proses rayuan di mahkamah syariah pada masa kini akan menyebabkan prosedur rayuan tidak dapat dipraktikkan secara optimum sebagaimana kehendak undang-undang dan hal ini menyebabkan isu ketakteraturan prosiding rayuan di mahkamah syariah di Malaysia masih berterusan. Justeru, artikel ini akan menjelaskan pelaksanaan prosedur rayuan di mahkamah syariah sebagaimana yang diperuntukan dalam undang-undang. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif bersifat perundangan tulen dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Kajian menunjukkan pelaksanaan prosedur rayuan boleh dilihat dalam Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah dan Arahan Amalan. Namun, kedua-dua dokumen tersebut saling melengkapi antara satu sama lain dan memerlukan kepada beberapa penambahbaikan kepada undang-undang yang sedia ada. Justeru, artikel ini penting untuk menjadi panduan kepada pengamal undang-undang syariah atau masyarakat Islam di Malaysia dalam melaksanakan rayuan di mahkamah syariah dengan lebih tersusun dan sistematik.

The implementation of appeal procedures in the Syariah Courts constitutes a formal process for the submission of appeals and is appropriately applicable to parties who are aggrieved by court decisions. Nevertheless, a lack of understanding among Syariah legal practitioners or the Muslim community regarding the execution of the appeal process in the Syariah Courts at present may result in appeal procedures not being practised optimally in accordance with legal requirements. This situation has contributed to the continued issue of procedural irregularities in appeal proceedings within the Syariah Courts in Malaysia. Accordingly, this article aims to explain the implementation of appeal procedures in the Syariah Courts as provided for under the law. The study adopts a qualitative approach grounded in pure legal research, employing the method of content analysis. The findings indicate that the implementation of appeal procedures can be identified in two legal instruments, namely the Syariah Court Civil Procedure Enactments and the Practice Directions. However, both legal instruments are complementary in nature and require several improvements to the existing legal framework. Therefore, this article is significant as a guide for Syariah legal practitioners and the Muslim community in Malaysia in implementing the appeal system in the Syariah Courts in a more organised and systematic manner.

 

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdul Hamid Mohamad (2017). Nota Perbicaraan dan Ulang Bicara dlm. Buat Kerja: Tun Abdul Hamid Mohamad, Cetakan Pertama. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Ahmad Ibrahim. (1997). Pentadbiran Undang-Undang Islam di Malaysia, (Cetakan Pertama). Kuala Lumpur: IKIM.

Arahan Amalan Mahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

Azmee Haji Hussin, Wan Abdul Fattah Wan Ismail. (2013). Pengesahan Lafaz Talaq Tiga: Sorotan Melalui Penghakiman Kes di Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Jilid 37. Jurnal Hukum

Busro Bahari. (1999). Mahkamah Rayuan Syariah di Malaysia: Konsep dan pelaksanaannya: Satu Kajian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Tesis Sarjana Muda. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Enakmen No. 20, Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Johor) 2003.

Intan Juliana Razali. (1999). Prosedur Rayuan Mal di Mahkamah Syariah Terengganu. Tesis Sarjana Muda. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Kaedah 63, Kaedah-Kaedah Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Fi, Elaun Dan Kos) 2004

Mohd Nadzri Abdul Rahman. (2010). Undang-Undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah, Prinsip & Amalan, Cetakan Pertama. Nilai: Karya Kreatif Resources.

Mohd Nadzri Abdul Rahman. (2020). Pemakaian Arahan Amalan di Mahkamah Syariah. Cetakan Pertama. Kajang: Anaasa Publication

Muhammad Khairul Nizzam Kassim. (2022). Pentadbiran & Pengurusan Kes Rayuan & Semakan Di Mahkamah Syariah. Cetakan Pertama. Kajang: Anaasa Publication

Siti Zubaidah Ismail. (2016). Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah. Cetakan Pertama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka

Syahrulnizam Saat, Ibrahim Mazlan & Nasrul Hisham Nor Muhamad (2021). Permohonan Melanjutkan Tempoh Rayuan: Analisis Kes di Mahkamah Tinggi Syariah Johor Bahru daripada tahun 2012 hingga tahun 2021. Vol 10. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari.

Wan Azlan Ahmad & Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod (2006). Administrative Law in Malaysia. Petaling Jaya: Sweet & Maxwell Asia.

Published

2026-04-30

How to Cite

Pelaksanaan Prosedur Rayuan Mal Di Mahkamah Syariah Di Malaysia: Implementation of Civil Appeal Procedures in the Syariah Courts in Malaysia. (2026). Journal of Muwafaqat, 9(1), 71-87. https://doi.org/10.53840/muwafaqat.v9i1.226

Similar Articles

51-60 of 94

You may also start an advanced similarity search for this article.

Most read articles by the same author(s)