Journal of Muwafaqat
https://muwafaqat.uis.edu.my/index.php/journal

Journal of Muwafaqat is an international journal encompassing all the fields of Syariah and law. The aims of the journal are to expand epistemological aspects of legal discourse as academic inquiry in understanding Syariah, Islamic jurisprudence and Law; offer the platform of intellectual forum by generating new ideas in fiqh in the contemporary muslim society; develop the sciences of legal reasoning (ijtihad) in elucidating the complexity and intricacy of global context; discuss modern disciplines by integrating both knowledge in Islamic juristic heritage and relevant aspects such as sciences, management, finance, law and etc; expose the critical treatment of juridicial legacy in the field; promote the diffusion; exchange and discuss of research findings in the field; and encourage interaction among academicians and scholars from various tradition of academic background. In addition, it meets the needs of global awareness by offering appropriate understanding of Islamic worldview.

E-ISSN (Online): 2600-8939

Publication Issues: April & October

Penerbit UISen-USJournal of Muwafaqat2600-8939The Responsibility to Protect Doctrine (RtoP) in the Context of the Alleged Atrocity Crimes in the Occupied Palestinian Territories: The Relevance and Applicability
https://muwafaqat.uis.edu.my/index.php/journal/article/view/184

The Responsibility to Protect (RtoP) doctrine was introduced by the International Commission on Intervention and State Sovereignty (ICISS) in 2001 and unanimously adopted by the United Nations General Assembly (UNGA) in 2005, upon the failure of the United Nations (UN) and the international community to contain a series of grave humanitarian disasters. The purpose was to create a more acceptable norm, than the “humanitarian intervention” by which actions for protecting civilians amid conflicts are prioritized. However, the robust enduring allegations of atrocities committed by Israel against civilians in the Occupied Palestinian Territories (OPTs), particularly the current upheaval, continue to raise the question of the RtoP, and whether it can be invoked for protection of civilians thereof. With focus on the OPTs’ crises, the paper aims at analysing the RtoP’s background, emergence and adoption together with the related scholarly literature to determine its scope of work, with focus on interstate question. The paper employs a desk and library-based approach by analysing and synthesising past literatures, existing legal provisions and treaties. The literature shows acute divisions that range between the applicability, conditional one and strict non-relevance due to the so called “RtoP’s inapplicability in interstate crises”. Utilizing the doctrinal legal research for analysis of relevant provisions and application of legal reasoning entailed, this paper will examine whether the RtoP applies to interstate conflicts. The research finds that the RtoP was evolved in a context that focused mainly on internal wars rather than interstate conflicts. However, neither The ICISS nor the WSOD articles 138 & 139 have excluded the interstate crises. The paper then frames the argument that the RtoP applies whenever and wherever genocide, war crimes, ethnic cleansing and crimes against humanity are committed or threatened with the state in concern being “manifestly” unable or unwilling, regardless of the crimes perpetrator or the nature of conflict, or whether the said crimes occur as a result of intrastate or interstate crises. This result contributes to further advance the priority of civilians’ protection in dire situations and ought to provide a new perspective in approaching the historical Palestinian crisis, as well as similar cases. Academically, it can be utilized by future researchers on discussions and studies that cover the RtoP’s capabilities and possible practical ways of its application in the OPTs and other similar situations.

Doktrin Tanggungjawab untuk Melindungi (RtoP) telah diperkenalkan oleh Suruhanjaya Antarabangsa mengenai Campur Tangan dan Kedaulatan Negara (ICISS) pada tahun 2001 dan diterima sebulat suara oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada tahun 2005, berikutan kegagalan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa untuk membendung siri bencana kemanusiaan yang dahsyat. Tujuannya adalah untuk mewujudkan norma yang lebih diterima, berbanding "campur tangan kemanusiaan" yang mana tindakan untuk melindungi orang awam di tengah-tengah konflik diutamakan. Walau bagaimanapun, dakwaan kukuh yang berterusan mengenai kekejaman yang dilakukan oleh Israel terhadap orang awam di Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT), terutamanya pergolakan semasa, terus menimbulkan persoalan mengenai RtoP, dan sama ada ia boleh digunakan untuk perlindungan orang awam di sana. Dengan fokus pada krisis OPT, kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis latar belakang, kemunculan dan penerimaan RtoP bersama-sama dengan literatur ilmiah yang berkaitan untuk menentukan skop kerjanya, dengan tumpuan pada persoalan antara negara. Kertas kerja ini menggunakan pendekatan berasaskan meja dan perpustakaan dengan menganalisis dan mensintesis literatur lampau, peruntukan dan perjanjian undang-undang yang sedia ada. Literatur menunjukkan perpecahan yang ketara yang berkisar antara kebolehgunaan, bersyarat dan ketidakrelevanan mutlak disebabkan oleh apa yang dipanggil "ketidakberlakuan RtoP dalam krisis antara negara". Dengan menggunakan penyelidikan undang-undang doktrinal untuk analisis peruntukan yang berkaitan dan penerapan penaakulan undang-undang yang terlibat, kertas kerja ini akan mengkaji sama ada RtoP terpakai kepada konflik antara negara. Penyelidikan mendapati bahawa RtoP berkembang dalam konteks yang memberi tumpuan terutamanya kepada perang dalaman dan bukannya konflik antara negara. Walau bagaimanapun, baik ICISS mahupun artikel 138 & 139 WSOD tidak mengecualikan krisis antara negara. Kertas kerja ini kemudiannya merangka hujah bahawa RtoP terpakai bila-bila masa dan di mana sahaja genosid, jenayah perang, penghapusan etnik dan jenayah terhadap kemanusiaan dilakukan atau diancam dengan negara yang berkenaan "jelas" tidak mampu atau tidak mahu, tanpa mengira pelaku jenayah atau sifat konflik, atau sama ada jenayah tersebut berlaku akibat krisis dalaman atau antara negara. Hasil ini menyumbang kepada memajukan lagi keutamaan perlindungan orang awam dalam situasi yang teruk dan seharusnya memberikan perspektif baharu dalam mendekati krisis Palestin yang bersejarah, serta kes-kes yang serupa. Dari sudut akademik, ia boleh digunakan oleh penyelidik masa depan dalam perbincangan dan kajian yang meliputi keupayaan RtoP dan cara praktikal yang mungkin untuk penerapannya di OPT dan situasi serupa yang lain.
Sameh Eissa Abdelhalim IsmailHendun Abd Rahman Shah
Copyright (c) 2025 Journal of Muwafaqat
https://creativecommons.org/licenses/by/4.0
2025-07-032025-07-038212510.53840/muwafaqat.v8i2.184Kaedah Pembuktian Kes Hadanah: Satu Analisis
https://muwafaqat.uis.edu.my/index.php/journal/article/view/190

Hak hadanah merupakan suatu tuntutan yang boleh difailkan di mahkamah syariah oleh bekas pasangan suami atau isteri atau mana-mana ahli keluarga yang berkenaan untuk ditentukan siapakah yang berhak untuk mendapatkan hak jagaan terhadap kanak-kanak yang belum mumayyiz selepas berlakunya pembubaran perkahwinan atau pun kematian daripada salah seorang ibu atau bapa kanak-kanak tersebut. Prinsip pembuktian Islam menghendaki pihak-pihak yang berjuang dalam tuntutan hak hadanah untuk membuktikan kelayakannya sebagai hadinah atau ketidaklayakan pihak lawan disebabkan wujudnya hal-hal yang menggugurkan hak hadanah. Tidak semua kes hadanah yang dilaporkan mengetengahkan isu berkaitan pembuktian untuk dipertimbangkan dalam memutuskan hak hadanah. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti aspek-aspek pembuktian sama ada berkaitan beban bukti atau kaedah pembuktian yang dihuraikan dalam alasan penghakiman kes hadanah. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui perolehan data kepustakaan dan analisis dokumen-dokumen seperti artikel, jurnal dan laporan kes-kes mahkamah syariah berserta statut. Dapatan kajian merumuskan alasan penghakiman kes hadanah kebiasaannya akan mengulas mengenai isu pembuktian dari aspek beban pembuktian berserta dengan prinsip syarak yang berkaitan dan status keterangan daripada pihak-pihak sama ada melalui saksi-saksi serta dokumen-dokumen yang dikemukakan di dalam mahkamah syariah. Oleh yang demikian, kajian ini diharapkan akan dapat membantu serta menjadi panduan atau rujukan kepada pengamal undang-undang dalam persediaan untuk mengemukakan hujah-hujah yang diperlukan dalam kes hadanah yang dikendalikan seterusnya dapat membuka lagi ruang-ruang kajian susulan.

The right of custody (hak hadanah) is a claim that can be filed in the Shariah court by a former spouse or any relevant family member to determine who is entitled to custody of a minor child after the dissolution of marriage or the death of one of the child's parents. Under the principle of Islamic evidence rules requires the parties in custody cases to prove their eligibility as custodians or the ineligibility of the opposing party due to factors that nullify the right to custody. Not all reported case on custody raise issues related to proof for consideration in deciding custody rights. Therefore, this study aims to identify aspects of proof, whether related to the burden of proof or methods of proof, as discussed in the judgments of custody cases. This study employs a qualitative method through literature review and document analysis, including articles, journals, reported case and statutes. The findings of the study conclude that the judgments in custody cases usually raise the issues on proof and evidence which relates to burden of proof, along with relevant Shariah principles and the admissibility of evidence tendered by the parties, whether by testimony or documentary evidence before Shariah judge. Consequently, this study is expected to assist and serve as a guideline or reference for legal practitioners in preparing the necessary arguments in custody cases and to open up further discussions for subsequent research.
Siti Salihah Abu BakarAzizah Mohd Rapini
Copyright (c) 2025 Journal of Muwafaqat
https://creativecommons.org/licenses/by/4.0
2025-09-092025-09-0982264110.53840/muwafaqat.v8i2.190Aplikasi Maqasid Ḍaruriyyāh Dalam Masalah Ihdād Wanita Islam Berkerjaya
https://muwafaqat.uis.edu.my/index.php/journal/article/view/193

Maqasid syariah bertujuan untuk menjaga dan menjamin kepentingan atau maṣlaḥah manusia. Maṣlaḥah manusia berbeza-beza mengikut kepada situasi ḍarūrah, hajat dan juga keuzuran yang dialami. Oleh hal yang demikian, aplikasi maqasid syariah juga berbeza-beza yang bertujuan untuk memudahkan dan meringankan bebanan taklif sesuai dengan kemampuan manusia. Dalam Islam, prinsip menghadirkan kebaikan (maṣlaḥah) dan menghindarkan keburukan (mafsadah) kepada diri dan orang lain adalah sesuatu yang perlu diambilkira. Prinsip utama dalam maqasid syariah ialah menjaga ḍaruriyyāt. Pertimbangan yang dinilai di bawah konsep ḍaruriyyāt ini ialah penjagaan kulliyyāt al-khams iaitu menjaga agama, jiwa, keturunan, harta dan akal. Perkara-perkara ini menjadi objektif syarak dalam penetapan hukum. Dalam konteks ihdad wanita Islam kematian suami, secara umumnya hukumnya adalah jelas berdasarkan al-Quran dan hadis. Namun begitu, ihdad bagi wanita Islam yang bekerjaya adalah sesuatu yang baru dan bersifat kontemporari. Oleh itu, kajian ini akan mengenalpasti aplikasi maqasid syariah dalam ihdad wanita Islam yang berkerjaya dan akan memfokuskan di bawah konsep ḍaruriyyāt. Kajian yang berbentuk kualitatif ini menggunakan metod penerokaan dengan kaedah pengumpulan data melalui kajian perpustakaan berdasarkan kitab-kitab dan kajian-kajian lepas. Data-data kemudiannya dianalisis dengan metod analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa aplikasi ḍaruriyyāt di bawah maqasid syariah dalam masalah ihdad wanita Islam berkerjaya adalah untuk menjaga nyawa (hifz al-nafs). Wanita berihdad dibenarkan untuk keluar berkerja dalam batasan-batasan tertentu.

Maqasid syariah aims to preserve and safeguard the public interest (maslahah) of the people. However, people’s public interest varies according to the situation of necessity (darurah), needs and incapabilities that exist. Therefore, the application of maqasid syariah also varies which aims to ease and lighten the burden of taklif which suits people’s capabilities. In Islam, the principle of protecting maslahah and avoiding mafsadah to oneself and others is something that needs to be taken into account. The primary principle in maqasid syariah is the preservation of the ḍaruriyyāt. The consideration assessed under the concept of daruriyyat is the preservation of the five elements (kulliyat al-khams) that is religion, life, lineage, intellect and wealth. These matters are the main objective of syarak in establishing laws (hokum). In the context of ihdad for Muslim women whose husband died, generally the law is absolute from the Quran and Hadith. However, ihdad for Muslim women in careers is something new and considered contemporary. Therefore, this research aims to determine the application of maqasid syariah in ihdad for Muslim women in careers and will put the focus on the concept of daruriyyat. This qualitative research employs the exploratory method in which data were collected through library research by analyzing the books (kitab) of past scholars and researchers. The data gained will later on be analyzed through content analysis methodology. The result of this study reveals that the application of daruriyyat under maqasid syariah in ihdad for Muslim women in careers is purposely to preserve life (hifz al-nafs). A woman in the state of ihdad is permitted to engage in employment outside the home, so long as it remains within the limits and conditions outlined by Islamic legal principles.
Muhammad Yusri ZulkefliZanariah DimonNorita KamaruddinNorazla Abdul Wahab
Copyright (c) 2025 Journal of Muwafaqat
https://creativecommons.org/licenses/by/4.0
2025-09-102025-09-1082425410.53840/muwafaqat.v8i2.193Pematuhan Perintah Persetujuan Sulh Di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor
https://muwafaqat.uis.edu.my/index.php/journal/article/view/198

Pelaksanaan sulh di Mahkamah Syariah merupakan suatu langkah yang diambil oleh Mahkamah Syariah bagi menyelesaikan kes-kes tanpa melalui dewan perbicaraan di samping pada masa yang sama dapat mengurangkan timbunan kes yang didaftarkan. Majlis Sulh adalah alternatif dalam menyelesaikan pertikaian yang berlaku antara pihak-pihak. Namun, kerap kali berlaku isu pelanggaran terhadap perintah penghakiman hasil perjanjian persetujuan sulh yang telah dipersetujui oleh pihak-pihak yang terlibat semasa Majlis Sulh. Perkara ini menjadi cabaran utama bagi pihak mahkamah dalam menangani ketidakpatuhan terhadap perintah mahkamah. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis tahap pematuhan perintah persetujuan sulh di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor dan mengenal pasti kesan yang bakal dihadapi sekiranya berlaku pelanggaran terhadap perintah mahkamah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif melalui temu bual separa berstruktur bersama 5 orang informan yang berpengalaman di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) dan analisis dokumen terhadap fail-fail kes pelanggaran perintah dalam tempoh 2020 sehingga 2024. Data dikumpul dan dianalisis mengikut kaedah tematik yang telah menghasilkan enam tema utama berkaitan pematuhan persetujuan sulh dari aspek definisi, perkara yang dititikberatkan, cabaran, implikasi pelanggaran, jenis pelanggaran serta cadangan penambahbaikan terhadap amalan pelaksanaan sulh. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat dua jenis pelanggaran perintah mahkamah yang berkaitan dengan perjanjian penyelesaian sulh iaitu saman penghutang penghakiman dan pengkomitan. Faktor yang menyebabkan pelanggaran perintah berlaku ialah kurang cakna terhadap terma perjanjian, terma yang kurang jelas di dalam perjanjian dan kelemahan dalam penguatkuasaan perintah. Kajian ini mencadangkan penambahbaikan terhadap sistem penguatkuasaan dan memberikan pemahaman yang mendalam terhadap pihak-pihak. Oleh itu, kajian lanjutan diperlukan bagi melihat kaedah yang sesuai digunakan bagi memastikan pihak-pihak melaksanakan segala terma yang telah dipersetujui dalam Majlis Sulh.

The implementation of sulh in Syariah Courts is a measure taken by the Syariah Court to resolve cases without going through the courtroom while simultaneously reducing the backlog of registered cases. The Sulh Council serves as an alternative in resolving disputes that occur between parties. However, violations of court orders resulting from sulh settlement agreements that have been agreed upon by the parties involved during the Sulh Council frequently occur. This matter becomes a major challenge for the court in addressing the non-compliance with court orders. This matter becomes a major challenge for the court in dealing with non-compliance with court orders. This article aims to analyze the level of compliance with sulh settlement orders at the Selangor Syariah High Court and identify the consequences that may be faced if violations against court orders occur. This study employs qualitative design through semi-structured interviews with 5 experienced informants from the Selangor Syariah Judiciary Department (JAKESS) and document analysis of case files involving order violations from 2020 to 2024. Data were collected and analyzed using thematic methods which produced six main themes related to sulh agreement compliance from aspects of definition, matters emphasized, challenges, implications of violations, types of violations, and suggestions for improvement to sulh implementation practices. The research findings show that there are two types of court order violations related to sulh settlement agreements, namely judgment debtor summons and committal. Factors causing order violations include lack of attention of agreement terms, unclear terms in agreements, and weaknesses in order enforcement. This study recommends improvements to the enforcement system and providing in-depth understanding of the parties. Therefore, further research is needed to examine appropriate methods to ensure parties implement all terms agreed upon in the Sulh Council.
Muhammad Syazwan Zulkipli Mohd Nasran Mohamad
Copyright (c) 2025 Journal of Muwafaqat
https://creativecommons.org/licenses/by/4.0
2025-09-202025-09-2082557710.53840/muwafaqat.v8i2.198Pembuktian Forensik Digital di Mahkamah Syariah: Kerangka Kebolehterimaan dan Integriti Dalam Jenayah Syariah
https://muwafaqat.uis.edu.my/index.php/journal/article/view/197

Perkembangan teknologi digital telah memperkenalkan cabaran dan peluang baharu dalam sistem pembuktian jenayah, termasuk dalam ruang lingkup Mahkamah Syariah Malaysia. Kajian ini meneliti kebolehterimaan keterangan melalui forensik digital dalam prosiding jenayah Syariah, dengan memberi fokus terhadap kedudukan undang-undang, prinsip Syariah dan cabaran teknikal yang mengiringinya. Artikel ini mengaplikasikan analisis doktrinal perundangan secara kualitatif, melibatkan penelitian dokumen undang-undang dan kajian kes bagi merumuskan bahawa keterangan digital boleh dikategorikan secara sah sebagai kitābah (keterangan dokumentar), qarīnah (keterangan sokongan), dan ra’y al-khabīr (keterangan pakar) berdasarkan peruntukan Akta Keterangan Mahkamah Syariah 1997 [Akta 561] dan Akta Keterangan 1950 [Akta 56]. Namun, dapatan turut menunjukkan bahawa tiada piawan forensik digital yang seragam untuk diterima pakai dan diamalkan dalam Mahkamah Syariah, terutama dari aspek autentikasi metadata, verifikasi hash, dan rantaian jagaan bukti. Kekosongan ini berpotensi menjejaskan integriti dan kebolehpercayaan bukti, khususnya dalam kes berprofil siber seperti perjudian dalam talian yang semakin berkembang. Oleh itu, kajian ini mencadangkan pemerkasaan prosedur pembuktian digital berasaskan prinsip maqāṣid al-sharīʿah, pengiktirafan terhadap kepakaran forensik, dan pewujudan garis panduan standard sebagai prasyarat kepada pembinaan sistem kehakiman Syariah yang responsif dan berautoriti dalam era digital.

The advancement of digital technology has introduced new challenges and opportunities in the evidentiary system including the jurisdiction of the Syariah Courts in Malaysia. This study examines the admissibility of digital forensic evidence in Syariah criminal proceedings, with a focus on its legal standing, compliance with Islamic evidentiary principles, and the accompanying technical challenges. Employing a qualitative methodology through document analysis and selected case studies, this paper concludes that digital evidence may be legally classified under three evidentiary categories—kitābah (documentary evidence), qarīnah (circumstantial evidence), and ra’y al-khabīr (expert testimony)—as recognised under the Syariah Court Evidence (Federal Territories) Act 1997 [Act 561] and the Evidence Act 1950 [Act 56]. However, findings also indicate that the application of digital forensic procedures in Syariah courts remains underdeveloped, particularly concerning metadata authentication, hash verification, and adherence to the chain of custody. Such procedural gaps may compromise the integrity and reliability of digital evidence, especially in high-profile cybercrime cases such as online gambling. In response, the study advocates for the enhancement of digital evidentiary procedures grounded in the principles of maqāṣid al-sharīʿah, formal recognition of forensic expertise, and the development of specific admissibility guidelines as prerequisites for building a more authoritative and responsive Syariah judicial system in the digital age.

Tuan Muhammad Faris Hamzi Tuan IbrahimMohamad Aniq Aiman AliasNasrul Hisyam Nor MuhamadAhmad Syukran Baharuddin
Copyright (c) 2025 Journal of Muwafaqat
https://creativecommons.org/licenses/by/4.0
2025-10-312025-10-31827810010.53840/muwafaqat.v8i2.197Relevansi Pemikiran dan Sumbangan Ahmad Mohamed Ibrahim (1916-1999) dalam Transformasi Perundangan Islam di Malaysia: Satu Sorotan Literatur
https://muwafaqat.uis.edu.my/index.php/journal/article/view/200

Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Ahmad Mohamed Ibrahim merupakan seorang tokoh perundangan terulung yang telah mencorak landskap perundangan dan kehakiman yang dinamik dan harmoni di Malaysia. Meskipun sumbangan beliau memberi impak signifikan terhadap transformasi perundangan Islam di Malaysia, namun terdapat beberapa cadangan beliau masih belum direalisasikan. Kajian ini bertujuan membuat ulasan kepustakaan terhadap penulisan berkaitan Ahmad Ibrahim dan idea beliau yang masih kekal relevan sehingga hari ini. Pendekatan kualitatif digunakan melalui kaedah kepustakaan dan analisis dokumen. Kajian mendapati bahawa pemikiran dan sumbangan beliau dalam memperkasa undang-undang Islam dalam struktur kerangka sistem undang-undang Sivil yang dominan di Malaysia masih relevan sehingga hari ini. Beberapa cadangan Ahmad Ibrahim perlu dikaji lebih lanjut lagi seperti pembentukan Common Law Malaysia, penubuhan Mahkamah Persekutuan Syariah dan prospek masa depan Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan agar undang-undang Islam dapat diletakkan di tempat yang tertinggi dan dihormati di Malaysia.

Professor Emeritus Tan Sri Datuk Ahmad Mohamed Ibrahim was a distinguished legal luminary who played a pivotal role in shaping a dynamic and harmonious legal and judicial landscape in Malaysia. While his contributions have significantly impacted the transformation of Islamic law in the country, several of his proposals have yet to be fully realised. This study aims to conduct a literature review on writings related to Ahmad Ibrahim and his ideas, which remain relevant to this day. A qualitative approach was employed through library research and document analysis methods. The study finds that his thoughts and contributions toward strengthening Islamic law within the dominant framework of Malaysia’s civil legal system continue to hold relevance. Several of Ahmad Ibrahim’s proposals warrant further exploration, such as the development of a Malaysian Common Law, the establishment of a Federal Syariah Court, and the future prospects of Article 121(1A) of the Federal Constitution — all of which are crucial to elevating and honouring the position of Islamic law in Malaysia.
Mohammad Hariz Shah Mohammad Hazim Shah
Copyright (c) 2025 Journal of Muwafaqat
https://creativecommons.org/licenses/by/4.0
2025-10-312025-10-318210111910.53840/muwafaqat.v8i2.200Maqāsidī Paradigm in the Indonesian Ulema Council (MUI) Fatwa 2024 Reorienting Mashlahah in the Issue of Halal Products and Khabā’its
https://muwafaqat.uis.edu.my/index.php/journal/article/view/201

The phenomenon of globalisation of the halal industry and the emergence of self-declare practices demand fatwas that are able to maintain sharia standards and the benefit of the people. This study aims to analyse the maqāṣidī paradigm used by the Indonesian Ulema Council (MUI) in their latest fatwa in 2024 related to halal products and khabā’its criteria. This research uses a qualitative method with content analysis of official documents of MUI's fatwa 2024 and literature study of classical and contemporary fiqh literature on khabā’its, urf, and najis. The results showed that MUI prioritised the principles of maqāṣid al-sharī’ah, particularly ḥifẓ al-nafs, ḥifẓ al-dīn, and ḥifẓ al-māl in the establishment of this fatwa. The emphasis on the protection of Muslim consumers and the integrity of the halal economy is the main basis for the prohibition of materials that are considered disgusting and dangerous. This approach also answers global contextual demands, by providing strong sharia legitimacy to the national halal policy. This study concludes that the maqāṣidī paradigm used by MUI not only asserts the authority of fatwa as guidance, but also encourages synergy between sharia standards, state regulations, and the needs of the international halal market. The implications of this study are important for strengthening the halal certification system and educating Muslim consumers.

Fenomena globalisasi industri halal dan kemunculan amalan mengisytiharkan diri menuntut fatwa yang mampu menjaga piawaian syariah dan kemaslahatan umat. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis paradigma maqāṣidī yang digunakan oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI) dalam fatwa terbaru mereka pada tahun 2024 berkaitan produk halal dan kriteria khabā’its. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan analisis kandungan dokumen rasmi fatwa MUI 2024 dan kajian literatur kesusasteraan fiqh klasik dan kontemporari tentang khabā’its, urf, dan najis. Hasil kajian menunjukkan MUI mengutamakan prinsip maqāṣid al-sharī’ah khususnya ḥifẓ al-nafs, ḥifẓ al-dīn, dan ḥifẓ al-māl dalam pembentukan fatwa ini. Penekanan terhadap perlindungan pengguna Islam dan keutuhan ekonomi halal menjadi asas utama pengharaman bahan yang dianggap jijik dan berbahaya. Pendekatan ini juga menjawab tuntutan kontekstual global, dengan memberikan legitimasi syariah yang kukuh kepada dasar halal negara. Kajian ini merumuskan bahawa paradigma maqāṣidī yang digunakan oleh MUI bukan sahaja menegaskan kewibawaan fatwa sebagai panduan, tetapi juga menggalakkan sinergi antara piawaian syariah, peraturan negara, dan keperluan pasaran halal antarabangsa. Implikasi kajian ini penting untuk memperkasakan sistem pensijilan halal dan mendidik pengguna Islam.
Ryan BiandaMuhammad Yosef NitehMaad Ahmad
Copyright (c) 2025 Journal of Muwafaqat
https://creativecommons.org/licenses/by/4.0
2025-10-312025-10-3182120138Kerangka Penilaian Darurah Dalam Istinbat Hukum
https://muwafaqat.uis.edu.my/index.php/journal/article/view/208

Pelaksanaan istinbat hukum dibangunkan melalui penggunaan dalil-dalil serta kaedah-kaedah yang telah ditetapkan oleh para ulama. Walaupun wujud kesepakatan dalam memilih dalil dan kaedah tertentu, hasil hukum yang terhasil tidak semestinya seragam. Hal ini kerana kerangka istinbat para ulama ada yang sejalan dan ada juga yang berbeza. Malah, perubahan hukum boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuklah situasi darurah. Walau bagaimanapun, penerapan prinsip darurah hendaklah berlandaskan penilaian syarak agar tidak hanya bersandarkan kepada pertimbangan akal semata-mata. Sehubungan itu, kajian ini membincangkan penilaian darurah dalam konteks istinbat hukum sebagaimana yang dihuraikan oleh ulama silam dan kontemporari. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui penelitian dokumen bertulis yang dianalisis dengan kaedah analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan darurah perlu ditimbang dari pelbagai aspek, termasuk penentuan kriterianya menurut syarak, pertembungan antara sesama darurah, serta interaksinya dengan maslahah. Dengan demikian, hukum yang digarap berasaskan prinsip darurah akan lebih tersusun di bawah kawalan syarak, khususnya dalam menangani persoalan hukum semasa.

Kata Kunci: Kerangka, Darurah, Istinbat Hukum

Ahmad Murshidi MustaphaNik Muniyati Nik DinMohd Miqdad Aswad Ahmad
Copyright (c) 2025 Journal of Muwafaqat
https://creativecommons.org/licenses/by/4.0
2025-10-312025-10-3182138155Bimbang Ketinggalan Perkembangan (FoMO) di Media Sosial Menurut Perspektif Islam
https://muwafaqat.uis.edu.my/index.php/journal/article/view/188

Penggunaan teknologi internet dan media sosial telah menjadi norma baharu dalam kehidupan sosial masyarakat hari ini. Walau bagaimanapun, kebergantungan yang melampau terhadap media sosial telah menyebabkan munculnya satu sindrom yang dikenali sebagai fear of missing out atau FoMO. FoMO adalah konsep psikologi yang menggambarkan gangguan mental di mana seseorang sering merasa terdorong untuk sentiasa dalam talian, takut akan terlepas sesuatu yang menarik atau penting yang berlaku dalam kalangan sosialnya. Perasaan takut ini berlawanan dengan konsep tenang dan ia menjejaskan kualiti kehidupan seseorang. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menjelaskan perspektif Islam mengenai FoMO dan pendekatan Islam bagi menghadapi situasi ini. Kajian ini bersifat kualitatif yang mana data-data dikumpul secara analisis kandungan dengan merujuk kepada teks al-Quran dan al-Sunnah, kajian-kajian terdahulu, buku-buku, jurnal dan dokumen-dokumen berkaitan. Hasil kajian mendapati sindrom FoMO amat bertentangan dengan konsep hidup sederhana dan bersyukur dalam Islam. Umat Islam hendaklah sentiasa sabar, syukur dan redha dengan kehidupan mereka supaya menjadi golongan yang -disebut dalam al-Quran- tidak takut dan tidak bersedih hati. Umat Islam juga perlu mengutamakan kehidupan akhirat agar tidak mudah terkesan dengan nikmat dunia yang dipertontonkan oleh orang lain.

The use of internet technology and social media has become a new norm in the social life of contemporary society. However, excessive dependence on social media has led to the emergence of a syndrome known as the fear of missing out (FoMO). FoMO is a psychological concept that describes a mental disturbance whereby an individual constantly feels compelled to remain online, fearing the possibility of missing out on something interesting or important occurring within their social circles. This fear contradicts the concept of inner peace and adversely affects an individual's quality of life. Accordingly, this study aims to explore the Islamic perspective on FoMO and to propose Islamic approaches for addressing this phenomenon. This is a qualitative study, in which data were collected through content analysis by referring to the texts of the Qur’an and the Sunnah, as well as previous studies, books, journals, and relevant documents. The findings reveal that the FoMO syndrome is fundamentally at odds with the Islamic principles of simple living and gratitude. Muslims are encouraged to remain patient, thankful, and content with their lives in order to be among those — as described in the Qur’an — who neither fear nor grieve. Furthermore, Muslims are urged to prioritise the Hereafter so that they are not easily influenced by the worldly pleasures showcased by others.
Azizah Mat RashidRabi’ah Muhammad Serji Nurhayati Abdul GhaniTuan Nurhafiza Raja Abdul AzizWan Nur Aina Wan Muzafar Shah
Copyright (c) 2025 Journal of Muwafaqat
https://creativecommons.org/licenses/by/4.0
2025-10-312025-10-318215617310.53840/muwafaqat.v8i2.188Kelulusan Perkahwinan Bawah Umur Mengikut Seksyen 8 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kelantan Tahun 2002: Analisis Kajian Kes di Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu, Kelantan
https://muwafaqat.uis.edu.my/index.php/journal/article/view/195

Kes perkahwinan bawah umur di negeri Kelantan kian serius akhir-akhir ini apabila terdapat sebilangan pasangan yang memohon perkahwinan sebelum mencapai tempoh minimum yang ditetapkan oleh undang-undang. Mengikut Seksyen 8 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kelantan Tahun 2002 yang telah menetapkan bahawa had minimum kebenaran perkahwinan bagi remaja lelaki adalah 18 tahun manakala remaja perempuan pula mestilah 16 tahun. Namun begitu, terdapat sebilangan kes permohonan perkahwinan di negeri Kelantan telah diluluskan di Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu (MRSKB) dengan Seksyen 8 ini seperti yang telah dinyatakan. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan menganalisis faktor-faktor kelulusan perkahwinan bawah umur mengikut Seksyen 8 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kelantan Tahun 2002. Falsafah disebalik kajian ini adalah interpretif dengan pendekatan kajian kes sebagai strategi kajian. Reka bentuk kualitatif telah diadaptasikan dalam kajian ini dengan gabungan kaedah analisis dokumen dan temu bual separa berstruktur melibatkan tiga orang hakim Mahkamah Syariah. Setelah data dokumen dan data temu bual diperoleh, kaedah analisis kandungan dokumen digunakan sekali lagi dalam proses menganalisis data-data ini yang mana hasilnya dikategorikan mengikut kaedah tematik. Dapatan menunjukkan terdapat empat faktor kelulusan perkahwinan bawah umur di MRSKB iaitu kepatuhan amar makruf dan nahi mungkar terhadap prinsip kerajaan negeri, akibat keterlanjuran zina, bersedia dan berkemampuan dalam menguruskan keluarga serta sumbang mahram. Sehubungan dengan itu, kajian lanjutan diperlukan untuk melihat keperluan pindaan enakmen tersebut dalam penetapan had umur minimum perkahwinan di negeri Kelantan.

The incidence of underage marriage in Kelantan has escalated recently, with several couples applying for marriage before reaching the legal minimum age. According to Section 8 of the Kelantan State Islamic Family Law Enactment 2002, which stipulates that the minimum age for marriage is 18 for boys and 16 for girls. Despite this law, there have been cases where the Kota Bharu Syariah Subordinate Court (MRSKB) has approved underage marriage applications Section 8, as stated. This study aims to analyze the factors influencing the approval of underage marriages according to Section 8 of the Kelantan State Islamic Family Law Enactment 2002. An interpretive philosophy with a case study approach was employed as the study strategy. A qualitative design was adopted, combining document analysis and semi-structured interviews with three Sharia court judges. After collecting document and interview data, a content analysis method was used to categorise the results thematically. The findings reveal four factors for the approval of underage marriages in MRSKB: compliance with the principles of amar makruf and nahi munkar by the state government, occurrences of adultery, the willingness and ability to manage a family, and cases of incest. Further research is necessary to examine the potential need for amendments to the enactment regarding the minimum marriage age in Kelantan.
Muhammad Mustaqim Roslan Abdul Hakim Mohd Nahi
Copyright (c) 2025 Journal of Muwafaqat
https://creativecommons.org/licenses/by/4.0
2025-10-312025-10-318210.53840/muwafaqat.v8i2.195Prosedur dan Peraturan Permohonan Tauliah Penyembelihan Halal di Malaysia: Isu dan Cadangan Penambahbaikan
https://muwafaqat.uis.edu.my/index.php/journal/article/view/209

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti prosedur dan peraturan permohonan tauliah penyembelih halal di Malaysia dengan memberi tumpuan kepada tiga negeri terpilih, iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen rasmi yang diperoleh daripada Jabatan Agama Islam negeri-negeri tersebut, termasuk borang permohonan, garis panduan, dan Standard Operating Procedure (SOP) yang berkaitan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa walaupun pelaksanaan tauliah penyembelih berpandukan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), terdapat ketidakseragaman antara negeri dari segi syarat kelayakan, kadar bayaran, tempoh sah laku, dan keperluan kursus. Ketidakseragaman ini berpotensi mewujudkan ketidakseimbangan dalam industri sembelihan halal antara negeri. Kajian turut mengenal pasti beberapa isu utama seperti ketiadaan keseragaman prosedur, kurangnya kesedaran pemilik syarikat terhadap tanggungjawab fardhu kifayah, serta keperluan peningkatan kompetensi akademik dan teknikal penyembelih. Oleh itu, kajian ini mencadangkan beberapa penambahbaikan, antaranya penyelarasan syarat permohonan di seluruh negeri, pelaksanaan kursus pra-tauliah untuk pemilik syarikat, penetapan kelayakan akademik minimum bagi penyembelih industri sederhana dan besar, serta pembangunan direktori digital pemegang tauliah bagi meningkatkan ketelusan dan kepercayaan awam. Secara keseluruhannya, sistem pentauliahan penyembelih halal di Malaysia masih mempunyai ruang penambahbaikan dan diperkukuh melalui kerjasama bersepadu antara JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri bagi memastikan standard halal yang konsisten, telus dan diyakini, selaras dengan kedudukan Malaysia sebagai hab halal global.

This study aims to identify the procedures and regulations for the application of halal slaughtering accreditation in Malaysia, focusing on three selected states, namely Selangor, Negeri Sembilan, and Penang. The study employs a qualitative approach through the analysis of official documents obtained from the respective State Islamic Religious Departments, including application forms, guidelines, and related Standard Operating Procedures (SOP). The findings reveal that although the accreditation process is generally guided by the Manual Procedure for Malaysian Halal Certification (Domestic)issued by JAKIM, there are inconsistencies among the states in terms of eligibility requirements, fees, validity periods, and training prerequisites. Such inconsistencies may lead to imbalances within the halal slaughtering industry across states. The study also identifies key issues, including the lack of standardisation in accreditation procedures, limited awareness among business owners regarding fard al-kifayah responsibilities, and the need to enhance the academic and technical competence of slaughterers. Hence, several recommendations are proposed: harmonising application requirements nationwide, introducing pre-accreditation courses for company owners, setting minimum academic qualifications for slaughterers in medium and large-scale industries, and developing a digital directory of accredited slaughterers to promote transparency and public confidence. Overall, the halal slaughterer accreditation system in Malaysia has a room of possible enhancement and strengthening through integrated cooperation between JAKIM and the State Islamic Religious Departments to ensure a consistent, transparent, and credible halal standard, reinforcing Malaysia’s position as a global halal hub.

Fakhri SungitMuhammad Subari RamliMohd Musa SaripMohammed Rizki Moi
Copyright (c) 2025 Journal of Muwafaqat
https://creativecommons.org/licenses/by/4.0
2025-10-312025-10-3182191209