Prinsip Rantaian Jagaan dan Rantaian Keterangan: Keperluan kepada Pengiktirafan dan Pengaplikasian dalam Perbicaraan Kes Syariah di Malaysia
Principles of Chain of Custody and Chain of Evidence: The Need for Recognition and Application in Malaysian Syariah Case
DOI:
https://doi.org/10.53840/muwafaqat.v5i1.106Keywords:
Forensik Islam, Keterangan Syariah, Qarinah, Rantaian Jagaan, Rantaian KeteranganAbstract
Rantaian jagaan dan rantaian keterangan ialah prinsip keterangan yang menekankan integriti dan kekuatan sesuatu keterangan fizikal dan elektronik yang dikemukakan dalam perbicaraan. Kedua-duanya prinsip penting ini diaplikasikan secara meluas dalam perbicaraan kes jenayah dan sivil di mahkamah sivil di Malaysia. Prinsip berkaitan rantaian jagaan dan rantaian keterangan membangun dan berkembang hasil daripada keterangan forensik yang sering kali dikemukakan di mahkamah. Persoalannya bolehkah kedua-dua prinsip tersebut diguna pakai dalam perbicaraan mahkamah syariah di Malaysia? Penulisan ini mengguna pakai kerangka penulisan perundangan tulen secara kaedah kualitatif. Metodologi penulisan perpustakaan secara doktrinal digunakan sebagai kaedah pengumpulan data dan maklumat. Data dan maklumat tersebut kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan serta kaedah analitis kritis. Hasil penulisan mendapati peruntukan undang-undang Syariah di bawah Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah masih belum memperaku prinsip rantaian jagaan dan rantaian keterangan secara jelas. Oleh itu, kajian ini mencadangkan agar kedua-dua prinsip rantaian jagaan dan rantaian keterangan diperakui serta diaplikasikan dalam setiap perbicaraan mahkamah syariah di negara ini. Untuk menggapai matlamat tersebut, kedua-dua prinsip tersebut haruslah diiktiraf sebagai sebuah prinsip yang selari dengan prinsip keterangan syariah yang sedia ada. Dalam pada itu, peruntukan undang-undang syariah berkaitan di bawah Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah dan enakmen-enakmen syariah lain juga harus menjustifikasi serta memperakui secara jelas akan kedua-dua prinsip ini. Dalam proses ini, peruntukan undang-undang syariah berkaitan harus dipinda agar kedua-dua prinsip dapat diaplikasikan secara efisien.
Chain of custody and chain of evidence are two evidential principles that emphasize on integrity and strength of physical and electronic evidence that tendered in trial. Both important principles are widely applied in criminal and civil litigation in civil courts in Malaysia. The principles on chain of custody and chain of evidence develop and grow as a result of forensic evidence which are often adduced in court. The question is, could these two principles be applied in the syariah court trials in Malaysia? This writing uses pure legal research framework which is developed qualitatively. Library research method is doctrinally used in data and information collection. These data and information are subsequently analyzed by using content analysis and critical analytical methods. This research discovers that syariah legal provisions under Syariah Court Evidence Enactments have yet to recognise explicitly the principles on chain of custody and chain of evidence. This study therefore suggests that the principles on chain of custody and chain of evidence should be explicitly recognised and applied in every syariah court trial in this country. In achieving such aim, both principles must be acknowledged as being in sync with existing syariah evidential principles. Meanwhile, related syariah legal provisions under Syariah Court Evidence Enactments and other syariah enactments must explicitly justify and acknowledge both principles. In such process, the related syariah provisions must be amended so that both principles can be applied efficiently.
Downloads
References
Abdul Karim Zaidan. 1984. Nizam al Qadha fi al Syariah al Islamiyyah. Baghdad: Matba’ah al Ani.
Ahmad Azam Mohd Shariff. 2012. Prosedur Siasatan dan Pendakwaan Kes Jenayah Syariah: Lakuna Dalam Perundangan Jenayah Syariah di Malaysia. Tesis Doktor Falsafah Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ahmad Azam Mohd Shariff, Mazupi Abdul Rahman dan Ramalinggam Rajamanickam. 2015. Admissibility of DNA Evidence in Malaysian Syariah Courts: Setting the Right Course. Syariah Reports [2015] 1 SHR v-ix – January-March.
Ahmad Syukran Baharuddin, Aminuddin Ruskama dan Abdul Rahim Yacob. 2015. Prinsip Asas Sains Forensik dari Perspektif Islam: Suatu Sorotan Literatur. Jurnal Sains Humanika 4 (2)
Al-Quran dan Terjemahan. 2012. Kuala Lumpur: Penerbit Pustaka Darul Iman.
Azizah binti Mohd Rapini. 2015. Ijtihad Dalam Penggubalan Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariah Di Malaysia: Tumpuan Khusus Terhadap Konsep Syahadah. Kertas Kerja. International Conference on Aqidah, Dakwah and Syariah 2015 (IRSYAD 2015), Kuala Lumpur, 2015.
Ibn Qayyim. 1995. Turuq al-Hukmiyah fi al Siyasah al Syari’yyah. Beirut: Darul Kutub al
Ilmiyyah.
Khairul Hamimah Mohammah Jodi. 2018. Nilai-nilai Islam dalam Program Pemulihan dan
Rawatan Dadah di Pengasih. Islamiyyat 40 (2) 2018 141-149.
Mahmud Saedon. 1996. An Introduction to Islamic Law of Evidence. Shah Alam: Hizbi
Mohamad Helmi Md Said. 2018. Pelaksanaan Prinsip Rantaian Jagaan dan Rantaian Keterangan
di Mahkamah Syariah di Malaysia. Pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia, Mantan Pengamal Undang-undang, Pendakwaraya dan Peguam Syarie. Temubual. 10 Disember 2018.
Mohd Munzil Muhamad, Ahmad Azam Mohd Shariff, Ramalinggam Rajamanickam, Mazupi
Abdul Rahman, Anowar Zahid dan Noorfajri Ismail. 2015. Qarinah: Admissibility of Circumstantial Evidence in Hudud and Qisas Cases. Mediterranean Journal of Social Sciences. Vol 6 No 2 March 2015 141-150.
Nurlaila Harun. 2003. Makna Keadilan dalam Perspektif Hukum Islam dan Perundang-Undangan berdasarkan Abidin Zainal, Alawy, Ijtihad Kontemporer dan Reformasi Hukum Islam: Dalam Perspektif. Jakarta: Penerbit Yayasan Haji Abdullah Amin.
Sowed Juma Mayanja. 2017. Circumstantial Evidence and Its Admissibility in Criminal Proceedings: A Comparative Analysis of the Common Law and Islamic Law Systems. Journal of Law, Policy and Globalization.Vol 67 2017.
Wan Arfah Hamzah. 2009. A First Look at the Malaysian Legal System. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2022 Journal of Muwafaqat

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.