Pengubahan Perintah Nafkah Anak Berdasarkan Kos Sara Hidup Dari Perspektif Undang-Undang di Malaysia
Changes in Child Maintenance Orders Based on The Cost of Living From A Legal Perspective In Malaysia
DOI:
https://doi.org/10.53840/muwafaqat.v7i2.180Keywords:
Perubahan, Perintah Nafkah Anak, Kos Sara Hidup, Undang-Undang Keluarga Islam, Undang-Undang Keluarga SivilAbstract
Kajian ini bertujuan untuk meneliti peruntukan pengubahan perintah nafkah anak berdasarkan kos sara hidup berdasarkan undang-undang keluarga di Malaysia. Tanggungjawab bapa untuk memberikan nafkah kepada anak-anak wujud sama ada semasa perkahwinan atau selepas perceraian. Ibu berhak mengemukakan tuntutan nafkah bagi pihak anak-anaknya, dan mahkamah akan mengeluarkan perintah nafkah berdasarkan keperluan semasa, kebajikan dan kecukupan anak, serta kemampuan bapa. Namun, perintah nafkah ini bukanlah mutlak, dan undang-undang membenarkan permohonan untuk mengubah perintah tersebut jika terdapat ketidakpuasan hati terhadap kadar yang ditetapkan. Kajian ini menganalisis isu-isu permohonan pengubahan perintah nafkah anak dalam konteks kos sara hidup sebagai elemen dalam perubahan matan dalam kes-kes yang dibicarakan di mahkamah syariah dan mahkamah sivil. Data diperolehi melalui analisis dokumen yang melibatkan sumber primer seperti jurnal-jurnal perundangan dan statut perundangan keluarga Islam dan sivil, serta sumber sekunder seperti artikel, buku, jurnal, akhbar, laman sesawang, dan kajian-kajian lepas. Analisis data dilakukan secara deskriptif dan komparatif. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan kos sara hidup merupakan faktor utama permohonan pengubahan perintah nafkah anak di kedua-dua jenis mahkamah. Kajian ini penting untuk memastikan kebajikan dan keperluan anak-anak diutamakan dalam kes-kes yang melibatkan pembayaran nafkah, serta mempertimbangkan kemampuan bapa sebagai pembayar nafkah.
This study aims to examine the changes in child support orders based on the cost of living by family law in Malaysia. The father's responsibility to provide child support exists whether during marriage or after divorce. Mothers are entitled to file child support claims on behalf of their children, and the court will issue support orders based on current needs, child welfare, and adequacy, as well as the father's ability to pay. However, these support orders are not absolute, and the law allows for modification requests if there is dissatisfaction with the determined amount. This study analyzes issues related to modification requests for child support orders in the context of the cost of living in both Shariah and civil courts. Data was collected through document analysis involving primary sources such as legal journals and statutes on Islamic and civil family law, as well as secondary sources such as articles, books, journals, newspapers, websites, and previous studies. Data analysis was conducted descriptively and comparatively. The findings indicate that the increase in the cost of living is a major factor for modification requests for child support orders in both types of courts. This study is crucial to ensure that the welfare and needs of children are prioritized in cases involving child support payments, while also considering the father's financial capacity as the primary provider.
Downloads
References
Abdul Hak, N. 2007. Jaminan Hak Nafkah Anak-anak. Dalam Najibah Mohd Zin et al. Siri Perkembangan Undang-undang di Malaysia Undang-undang Keluarga (Islam). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah. N. A. 2012. Undang-Undang Keluarga Di Malaysia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Ahmad, B., Abd. Wahab, Mazni, Azahari, R. & Ab. Rahman, A. 2016. Pentaksiran Nafkah Anak Berasaskan Kriteria Kifayah Dan Ma’ruf: Kajian Kes Di MalaysiaThe 1st International Conference on Islam and Contemporary Issues in The Muslim World: Challenges and Way Forward, 5-6 Disember 2016, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Akta Memperbaharui Undang- Undang (Perkahwinan Dan Penceraian )1976.
Akta Perempuan Bersuami dan Anak-Anak (nafkah) 1950
Chua, N. A. 2006. Family Law For Non Muslim In Malaysia. Petaling Jaya.
Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
Ibrahim, B. dan Mohd, A. 2013. Hak Anak Terhadap Nafkah Dalam Perundangan Islam: Sejauh Manakah Bapa Bertanggungjawab Menanggung Nafkah Anaknya. KANUN. 25(2). 255-272
Ibrahim, N. 2015. Family Law For Non Muslim In Malaysia. IIUM Press: Kuala Lumpur.
Ismail, M.H. 2023. Perubahan Perintah Nafkah Anak Mengikut Kepada Keperluan Semasa: Kajian Di Negeri-Negeri Zon Utara. International Journal for Studies on Children, Women, Elderly and Disabled. Vol. 18, (Jan). 29-37
MA & Muhammad Harun Zain. Jil. 4. Selangor: Berlian Publications Sdn. Bhd.
Mat Hussin, M. N., & Aizat Fauzi, M. F. (2023). Pembayaran nafkah anak melalui
potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja: Suatu alternatif. UUM Journal of Legal Studies, 14(1), 333-363. https://doi.org/10.32890/uumjls2023.14.1.13
Majid, M. K. 1994, Undang- Undang Keluarga Malaysia. Malaysia: Singapura.
Mohd Awal, N. A. 2006. Wanita dan Undang-Undang. Petaling Jaya: ILBS
Mohd, N. 2013. Undang-Undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah. Cetakan Kedua. Kuala Lumpur (Anugerah Cekal Sdn. Bhd.). Hlmn 35.
Muhammad Az-Zuhaili. 2009. Al-Mu’tamad Fiqah Imam Syafi’i. Terj. HM. Yusuf Sinaga
Nasohah, Z. 2018. Analisa Keputusan Mahkamah Syariah Dalam Penentuan Kadar Dan Bentuk Nafkah Anak. Proceeding 3rd International Seminar on Islamic Thought.
Sabtu, J. 2004. Dimensi KOOP.
Senarai Kes:
Anna Tay Siew Hong lwn. Joseph Ng Tiong Yong (1995) 3 CLJ 717
Azrina Bt Omar lwn. Ghazali Bin Sharudin [2011] 2 SHLR 6
Lim Bee Kee lwn. Leong Ah Chuan(1950) MLJ 145
Muhammad Zaiman Bin Jarmin lwn. Norasiah Bt Majid [2009] 2 SHLR 153
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Journal of Muwafaqat

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.