Pelaksanaan Proses Istitabah: Satu Perbandingan Antara Negeri Selangor dan Negeri Sembilan
Implementation of the Istitabah Process: A Comparison Between the State of Selangor and the State of Negeri Sembilan
DOI:
https://doi.org/10.53840/muwafaqat.v7i2.169Keywords:
Istitabah, Selangor, Negeri Sembilan, Prosedur , TaubatAbstract
Pada hari ini, kes-kes melibatkan kesalahan akidah umat Islam semakin berleluasa. Hukuman undang-undang yang diberikan terhadap pesalah akidah pula dilihat tidak mampu menyelesaikan masalah akidah yang berlaku. Hukuman berbentuk denda, penjara dilihat tidak mampu mengajak pesalah akidah kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Malah mungkin akan menyebabkan mereka lebih jauh dengan ajaran Islam. Oleh sebab itu, kajian mendapati bahawa salah satu komponen yang sesuai dalam menangani masalah akidah ialah dengan melakukan istitabah terhadap pesalah yang ada. Namun, tidak semua negeri memperuntukkan proses berkaitan istitabah. Malah, istitabah yang dilaksanakan di sesetengah negeri didapati tidak mempuyai punca kuasa yang jelas baik dari enakmen atau akta negeri terlibat. Pun begitu, hasil kajian mendapati bahawa telah wujud proses istitabah yang telah diamalkan di sesetengah negeri bagi membantu menyelesaikan kes yang melibatkan kesalahan akidah. Istitabah adalah satu proses yang dibuat bagi membantu atau menggalakkan pihak yang terlibat melakukan taubat. Kajian juga mendapati bahawa antara negeri yang telah mewujudkan modul istitabah yang khusus ialah Negeri Selangor dan Negeri Sembilan. Justeru itu, kajian yang berbentuk kualitatif ini dilakukan dengan menganalisis dokumen bagi mengenalpasti proses istitabah yang dilaksanakan di dua buah negeri tersebut. Bentuk kajian kes akan memberi penerangan dan penganalisisan secara terperinci mengenai proses istitabah yang ada. Bagi tujuan tersebut, kajian akan melihat kepada modul istitabah yang digunakan di kedua-dua negeri bagi mengenalpasti prosedur istitabah yag dilaksanakan. Kajian juga seterusnya akan membuat perbandingan proses istitabah yang dilaksanakan antara negeri tersebut.
Today, cases involving violations of the Islamic faith are increasingly widespread. The legal punishments imposed on individuals who violate the faith are seen as insufficient to address the underlying issues of faith. Punishments such as fines and imprisonment do not seem to effectively guide the offenders back to the true teachings of Islam. In fact, they may even drive them further away from Islam. Therefore, the study finds that one appropriate component in addressing faith-related issues is through the process of istitabah (reconciliation or repentance) for the offenders. However, not all states provide for the istitabah process. Furthermore, the istitabah carried out in certain states lacks clear legal authority, either from state enactments or laws. Nevertheless, the research finds that there are states where the istitabah process has been implemented to resolve cases involving violations of the faith. Istitabah is a process designed to assist or encourage the involved parties to repent. The study also finds that among the states that have developed specific istitabah modules are Selangor and Negeri Sembilan. Thus, this qualitative study is conducted by analyzing documents to identify the istitabah processes implemented in these two states. The case study approach will provide a detailed explanation and analysis of the existing istitabah process. For this purpose, the study will examine the istitabah modules used in both states to identify the procedures implemented. The study will then make a comparison of the istitabah processes between these two states.
Downloads
References
Al Quran
Modul Istitabah MAIS, 2017
Modul Runding Cara Akidah Negeri Sembilan
Mohamed Fairooz Mohamed Fathillah et al, 2023, Amalan Istitabah Dalam Perlaksanaan Pemulihan Akidah Di Malaysia, Jurnal Pengajian Islam, 16 (1): 1-8.
Muslim murtad perlu dibimbing dalam sesi istitabah tapi jika tidak bertaubat kekal dalam azab neraka, MStar, 2021, https://www.mstar.com.my/xpose/ad-din/2021/03/05/muslim-murtad-perlu-dibimbing-dalam-sesi-istitabah-tapi-jika-tidak-bertaubat-kekal-dalam-azab-neraka
Nazneen Ismail et al, 2018, Penggunaan Modul Istitabah Dalam Mengendalikan Kesalahan Akidah Di Selangor, 4th International Conference of Islamiyyat Studies 2018, 18th-19th September 2018, Bangi, Selangor.
Nor Ashikin Md. Nasir et al, 2017, Amalan Mahkamah Syariah Mengistiharkan Status Agama Dalam Kes Pemohonan pengisytiharan bukan lagi seorang Islam: Kajian Kes Di Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan, KANUN, 26(1), 1-37.
Siti Zubaidah Ismail, 2018, Selaras Undang-undang Kes Murtad, BH Online, https://www.bharian.com.my/kolumnis/2018/03/397411/selaras-undang-undang-kes-murtad
Syakirah Ali, t.t. Istitabah, https://www.academia.edu/17602283/ISTITABAH
Wan Mohd Fazrul Azdi et al, 2013, Model Istitabah: Cadangan Konsep dan Pelaksanaanya Dalam Intervensi Permasalahan Riddah Kontemporari Di Malaysia, Jurnal Al-Abqari, 3: 57-71
Wan Mohd Fazrul Azdi et al, 2015, Istitabah Model for Malaysia: A Preliminary Exposition, Ulum Islamiyyah Journal, 15 (June): 111-124.
Zanariah et al, 2017, Amalan Mahkamah Syariah Mengishtiharkan Status Agama Dalam Kes Permohonan Keluar Islam: Kajian Kes Di Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan,
Zanariah et al, 2019, Pendekatan Taubat (Istitabah) Bagi Kesalahan Ajaran Sesat di Baitul Iman, Selangor: Sorotan Kes Abdul Kahar Ahmad, Journal of Muwafaqat, 2(1):1-15
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Journal of Muwafaqat

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.